H-Net* Barat Gentar Dengan Nama HUSSEIN

2003-03-23 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
 UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~
Barat Gentar Dengan Nama "HUSSEIN"!

KUASA-KUASA besar Barat gentar dengan kemunculan Presiden Saddam Hussein kerana mereka merasai sesuatu yang agak luar biasa dengan tokoh-tokoh Arab yang mempunyai nama Hussein sama ada pada pangkal atau hujung namanya. 

Barat khuatir Saddam akan menjadi tulang belakang kepada kekuatan di Teluk. Mereka tahu sejarah latarbelakang pahlawan Islam Saiyidina Hussein bin Ali dan seorang waliyullah di Baghdad, Abu Al-Mughis Mansur Hussein Al-Hallaj (muridin Syeikh Junaid al-Baghdadi).

Mereka telah mencipta nama sebagai tokoh yang agung dan berlaku beberapa peristiwa yang luar biasa semasa hidup meraka. 

Yahudi tahu sejarah Saiyidina Hussein bin Ali dalam peristiwa di Karbala, dan mereka merasakan bahawa kemunculan Saddam di negara Teluk mewarisi ketokohan pemimpin Is;am zaman silam. 

Mansur Al-Hallaj telah dihukum pancung oleh pemerintah Iraq ketika itu kerana didakwa murtad berikutan beberapa ucapannya (secara latah) yang mendakwa beliau itu Allah. 

Ketika leher Mansur Al-Hallaj dipancung, darah menitis dan membentuk tulisan, “Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Al-Hallaj waliyullah!”

Orang ramai dan Ulama’ yang melihat peristiwa itu menangis. Raja kemudian memerintahkan tubuh Mansur Al-Hallaj dibakar dan abunya dibuang ke Sungai Furat. Syeikh Junaid al-Baghdadi berkata jika benar abu tubuh muridnya itu dibuang di Sungai Furat maka itu tandanya sesuatu kekacauan berlaku di Teluk satu masa nanti dan ia akan berlaku berpanjangan. 

Tokoh-tokoh hakikat pernah memberi amaran suatu ketika dahulu (Gulf War), jika Perang Teluk 1 tidak tamat dalam tempoh lima bulan, peperangan akan berpanjangan antara umat Islam dan kafir serta pengkhianat agama.

Dan apa yang berlaku di Teluk ketika ini tidaklah luar biasa kerana ia terdapat dalam Hadis-hadis Rasulullah SAW.

Penulis begitu yakin dan optimis perjuangan Iraq mendapat bantuan ghaib dari Allah kerana serangan tentera bersekutu memusnahkan maqam orang-orang soleh dan wali di beberapa bandar di Iraq, memusnahkan masjid dan manusia yang tidak berdosa terutama kaum manita dan kanak-kanak.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : 

“Kasih kepada tanahair itu adalah separuh daripada Iman.” 

Rakyat Iraq wajib mempertahankan nyawa dan bumi mereka daripada pencerobohan kejam tentera bersekutu dengan apa cara sekalipun termasuk berperang. 

Penulis juga berpendapat peperangan ini akan menjadi laluan kegemilangan Islam akhir zaman yang bersambung dengan kemunculan Imam Mahdi yang diisytiharkan di Makkah, Dajjal keluar di Syria, muncul Nabi Isa a.s. dan Yakjuj Makjuj. 
Wallahu ta’ala a’lam. 

Al-Faqir Ilallah – Abdul Jamil Lam Al-Qadiri 
21 Muharam 1424 
The new MSN 8: smart spam protection and 2 months FREE* 

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

H-Net* Seminar Resolution

2002-09-09 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
 UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~

RUMUSAN RESOLUSI SEMINAR

SEMINAR ANTARABANGSA DAKWAH DAN TARIQAT TASAWWUF PADA 8-10 JUMADA AL-AKHIR 1423H bersamaan 17-19hb Ogos, 2002 bertemakan : “PENJANAAN TARIQAT TASAWWUF DALAM PEMBANGUNAN ROHANI NEGARA”, ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN dengan kerjasama FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBENGSAAN MALAYSIA : Berpandukan ucap utama dan sesi pembentangan kertas-kertas kerja yang telah diterima oleh seminar ini; maka disepakati dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat SYURA memaklumkan RESOLUSI SEMINAR seperti berikut :

Bahawa Dakwah Islamiah dan Tariqat Tasawwuf adalah sebahagian dari tuntutan ajaran Islam yang tulen dan sah (Asolah dan Sohihah) dan telah diamalkan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW. Justeru Dakwah dan Tariqat Tasawwuf hendaklah diterima pakai seiring jalan untuk menjana pembangunan insane negara.

Penggerak Dakwah dan penghayatan amalan Tariqat dan Tasawwuf di semua peringkat hendaklah iltizam dengan syariat dan mendalami ilmu-ilmu syariat sebagai asas dan panduan sahih dan murni dari sebarang penyelewengan.

Menyedari peranan tokoh-tokoh Sufi telah berjaya menyebar dakwah Islamiah dan menjadi pelopor perjuangan jihad umat Islam menentang penjajah dan menghadapi gerakan misionari kristian dan serangan ideology secular barat, maka disarankan kesepakatan dan kegiatan bersepadu dalam usaha-usaha dakwah dan amar makruf nahi mungkar di semua peringkat masa dan negara dengan menyediakan prasarana yang lengkap dan sesuai.

Memandangkan wujudnya berbagai aliran dan kumpulan pengamal Tariqat Tasawwuf yang sering disalah fahami, dengan ini diseru supaya ditubuhkan satu “Persatuan” atau “Pertubuhan” yang menyatupadukan semua kumpulan Tariqat dan Tasawwuf seluruh negara, serantau dan di peringkat antarabangsa serta berfungsi sebagai Badan Pemantau serta berwibawa menangani sebarang isu yang berkaitan dengan Tariqat Tasawwuf.

Tariqat Tasawwuf melalui penubuhan rasminya perlu memaksimumkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat dengan penubuhan portal yang memfokuskan kepada maklumat yang berautoritikan berkenaan dengan Tariqat Tasawwuf.

Bahan-bahan sejarah dan khazanah ilmiah yang releven dengan tokoh-tokoh Sufi dan kumpulan Tariqat Tasawwuf hendaklah dipelihara dan dilindungi serta diurus dengan rapi dan sistematik untuk rujukan masyarakat pencinta Tariqat dan Tasawwuf serta generasi akan datang. Kerajaan Negeri Sembilan dicadangkan mengadakan geleri perkembangan Tariqat Negeri dengan kerjasama Muzium Negeri.

Pegangan dan amalan Tariqat Sunni-Salafi dapat mendidik manusia sebagai individu masyarakat dan umat mampu menjadi panjana kekuatan rohaniah umat Islam bagi mencapai kemuliaan hidup serta menghadapi cabaran sepanjang zaman. Ia juga diyakini mampu menyelesaikan masalah kejiwaan generasi kini yang menghadapi konflik jiwa dan cabaran globalisasi. Justeru tuntutan dakwah dan amar makruf nahi munkar serta amalan praktik Tariqat Tasawwuf perlu diterapkan dalam proses pendidikan setiap lapisan generasi Muslim.

Peranan gerakan dakwah dan pertubuhan Tariqat Tasawwuf dalam pendidikan perlu dipertingkat dan diperluas dengan menganjurkan program zikir untuk masyarakat awam, serta menubuhkan institusi pendidikan dan pengajian dengan menggunakan segala sumber material dan kepakaran yang selari dengan kepesatan bidang pelajaran dan pendidikan semasa.

Unsur-unsur positif dan tatacara asuhan rohani yang membina dalam disiplin Tariqat Tasawwuf hendaklah dimasyarakatkan bagi menjana kekuatan umat Islam berasaskan warisan amalan Salaf al-Saleh yang baik di samping prinsip-prinsip moden yang sesuai.

Badan-badan dakwah dan gerakan Tariqat Tasawwuf hendaklah memberi laluan yang menepati syarak kepada golongan Muslimat bagi menyumbang kepada pengISLAHAN masyarakat dan dalam kerja-kerja kebajikan, pusat-pusat perlindungan dan pemulihan.

Islam sebagai “ad-din” yang sesuai dengan fitrah, maka pemahaman, penghayatan dan pelaksanaan ajarannya yang “syumul” termasuk Tariqat Tasawwuf hendaklah diterapkan dengan penuh hikmah dalam semua aspek kehidupan khususnya politik, ekonomi, sosial, kesenian dan kebudayaan serta pembentukan pola pemikiran masyarakat.

Berdasarkan pengalaman sejarah, Tariqat Tasawwuf juga perlu memberikan tumpuan kepada strategi mengIslamkan non-Muslim.

Membasmi penagih dadah melalui Tariqat Tasawwuf.

Al-Fakir ilallah - Abdul Jamil Lam Al-QadiriChat with friends online, try MSN Messenger: Click Here

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED

H-Net* Pertahankan Tauhid Dan Aqidah Islam

2002-08-19 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
 UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~
Assalamualaikum wmt. wbt.
Saya merasa terpanggil untuk menulis di ruang ini, walaupun agak lama juga tidak aktif.
Terpanggil kerana ada isu yang berkaitan TAUHID dan AQIDAH diperbahaskan secara bertali arus oleh media massa dan beberapa Ulama’ yang menjadi penyambung lidah syaitan dan dajal (menggunakan istilah Tuan Hj. Abd. Ghani Samsudin).
Isu “Allah lebih samseng dari segala samseng-samseng!” yang dipopularkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, sudah lama menjadi perhatian saya. Dan rumusannya saya begitu faham, tahu dan begitu menghayatinya maksud hakiki di sebalik istilah tersebut. Lantas daripada itu saya MEMBENARKAN segala apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru.
Beliau menggunakan pendekatan ilmu tauhid / usuluddin yang merupakan sebahagian daripada Ilmu KETUHANAN (yakni tasauf). Tafsiran mengikut “musyakalah”.
Saya tidak akan menghuraikannya lagi, kerana segala jawapannya sudah diperjelaskan di dalam dada-dada akhbar, kuliah dan ceramah oleh Tuan Guru sendiri dan Yang Dipertua PUM. Mereka lebih “authority” daripada saya yang hanya insan biasa.
Sebab itu saya sebelum ini selalu menekankan agar kembali kepada mempelajari dan menghayati ilmu ketuhanan ini. Hanya dengan cara ini sahaja kita akan dapat lebih “mengenali dan mengabdikan diri” kepada PENCIPTA!
Itu baru sikit Tuan Guru Nik Aziz “melatah”! Samalah juga dengan “melatah”-nya Mansur al-Hallaj dengan pengucapan “Ana’l Haq” (Akulah YangBenar)!
Hakikatnya, orang yang menyatakan tentangan terhadap pengucapan Tuan Guru Nik Aziz itu (berkenaan isu Allah Samseng) mereka adalah PENDUSTA AGAMA! Atau inilah yang dikatakan “jahil wara’”. Belajar ilmu tauhid, tetapi tidak belajar habis-habisan… tidak betul-betul tahqiq dengan pengisian sebenar yang ada di dalam ilmu tersebut.
Kenyataan ini samalah dengan orang-orang yang menentang jalan KESUFIAN!
Ramai dikalangan kita ini, hebat-hebat belaka ilmu mereka..lulusan Azhar, Texas, Harvard, Jordan dan entah apa-apa lagi lulusan. Tetapi “mandul ilmu”! Sebab apa??? Sebabnya ilmu yang dituntut itu tidak diamalkan (praktik)! Macam mana ilmu itu nak beranak (bercambah)???
Akibatnya, timbullah tafsiran-tafsiran yang sempit dan hujjah-hujjah yang malang. Menghukum orang lain atas kapasiti ilmu orang itu tidak sehaluan dengan kehendak ilmu mereka yang kaum menentang ini. Inilah masalah yang paling besar berlaku sejak dari dahulu lagi. Di zaman-zaman Sahabat dan ahli Sufi.
Berbalik kepada persoalan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tersebut, kepada rakan-rakan yang meminta pandangan saya; secara peribadi saya MEMBENARKAN tentang apa yang diucapkan beliau (Allah Samseng) dari sudut musyakalah! Ini kenyataan peribadi saya. Jikalau ada rakan sealiran yang tersinggung, saya minta maaf!
Saya MEMBENARKAN bukan atas dasar kapasiti Dato’ Nik Aziz sebagai seorang TUAN GURU atau Mursyidul Am PAS! Tatapi atas dasar KEBENARAN ilmu Allah yang dihidupkan beliau, dizahirkan beliau dan ditajallikan beliau!
Zaman sekarang bukan zaman yang perlu kita sorok-sorokkan kebenaran tentang ilmu Allah ini. Kena “open” habis!
Zaman HIDUPKAN ILMU, ZAHIRKAN ILMU DAN TAJALLIKAN ILMU!
Tetapi tidak semudah itu! Jadi, pelajari dan tuntutlah ilmu Ketuhanan selagi hayat dikandung badan!
Seperkara lagi, ketika ini sedang berlangsungnya “Seminar Antarabangsa Dakwah Dan Tariqat Tasawwuf” dari 17-19 Ogos, 2002 (hari ini merupakan acara terakhir). Anjuran Jab. Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Para pembentang kertas kerjanya terdiri daripada beberapa ahli akademik dan organisasi yang terlibat secara langsung dalam aspek dakwah dan tariqat tasawwuf daripada pelbagai negara.
Interesting juga seminar ini. Lebih interesting lagi jikalau penentang tariqat atau kesufian menghadiri majlis seminar ini. Dari situ mereka boleh bersoal jawab secara langsung tentang apa-apa yang mereka begitu jahil!
Fikirkan dan renungkanlah Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.”
[Al-Rad : 4]
Wallahu ta’ala a’lam…….
Al-Fakir Ilallah – Abdul Jamil Lam Al-QadiriMSN Photos is the easiest way to share and print your photos: Click Here

Al-Fakir Ilallah – Abdul Jamil Lam Al-QadiriSend and receive Hotmail on your mobile device: Click Here

H-Net* Doktrin Hakikat Muhammad - Bahg. 3

2000-08-28 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
lar) disedari.

Yang dimaksudkan "Sempurna" ialah Insan Kamil itu adalah penzahiran Tuhan 
yang sempurna dan juga sempurna kesedaran atau pengetahuannya dalam 
pengalaman keruhaniannya dan ia sedar betapa dirinya sebenar adalah esa atau 
bersatu dengan Tuhannya. Manusia sempurna itu tidak sempurna kecuali ia 
sedar bahawa dirinya "berpadu" dengan Tuhannya. Inilah perbezaan antara 
manusia biasa dengan manusia sempurna. Setiap orang adalah alam kecil 
(microcosm) delam pengertian ini tetapi hanya satu kemungkinan (potentially) 
saja. Manusia sempurna itulah alam kecil sebenarnya kerana beliau sebenarnya 
yang menzahirkan semua sifat Allah dan kesempurnaan-Nya dan penzahiran 
seperti itu tidak sempurna tanpa kesedaran sepenuhnya tentang keesaan atau 
"kesatuan" dirinya dengan Tuhan. Oleh yang demikian, setiap Orang Sempurna 
mestilah seorang mistik (Sufi) kerana dalam keSufian saja kesedaran yang 
demikian dapat dicapai.

(f) Insan Kamil Sebagai Alam Kecil (Microcosm)

Insan Kamil itu adalah aspek zahir dan aspek batin Wujud Semesta ini. Ini 
menyimpulkan apa yang dimaksudkan dengan Alam Kecil (Microcosm). Insan Kamil 
itu adalah salinan kecil Wujud Semesta iaitu TUHAN, dan Alam Raya. Zat Insan 
Kamil itu adalah satu ragam daripada Roh Semesta. Badannya adalah satu ragam 
dari Badan Semesta (al-Arasy). Ilmunya adalah salinan atau bayangan Ilmu 
Ketuhanan. Hati Insan Kamil itu ibarat Baytul-Ma'mur. Daya-daya 
keruhaniannya ibarat Malaikat. Ingatannya ibarat planet Saturn (Zuhal). 
Fahamannya ibarat Jupiter (Musytari). Akalnya ibarat Matahari, dan 
seterusnya dan sebagainya.

Seperti Logos yang dizahirkan oleh Insan Kamil, maka Insan Kamil itu adalah 
barzakh (peringkat antara), bukan dengan pengertian suatu "diri" antara 
Allah dengan alam, Ketuhanan dengan Kemanusiaan, tetapi dalam pengertian 
bahawa Insan Kamil itu menyatakan dan menzahirkan kedua-duanya itu dengan 
sempurna.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Doktrin Hakikat Muhammad - Bahg. 4 Final!

2000-08-28 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum yang dikasihi...

 DOKTRIN HAKIKAT MUHAMMAD (Bahagian 4 Final)

(g) Insan Kamil Sebagai Penyebab (Cause) Terjadinya Alam Ini

Ibnul Arabi menerangkan rahsia kejadian makhluk ini. Yang Esa itu suka Ia 
dikenali dan dizahirkan, maka Allah menzahirkan Dirinya dalam bentuk Alam 
Nyata ini. Orang-orang Sufi gemar menyebut satu Hadis yang bermaksud :

"Aku adalah Harta (Perbendaharaan) yang tersembunyi dan Aku gemar diketahui, 
maka dengan itu Aku ciptakan makhluk dan melaluinya mereka mengenal Aku."

Kecintaan Yang Esa itu untuk melihat keindahan dan kesempurnaan-Nya yang 
terzahir dalam bentuk-bentuk, terutama sekali untuk diketahui oleh Diri-Nya 
dalam dan melalui Diri-Nya sendiri, mendapati kesedaran itu dalam Insan 
Kamil. Hanya Insan Kamil itu saja yang mengenal Dia dan menzahirkan 
sifat-sifat-Nya dengan sempurna. Insan Kamil mengenalnya dengan tidak syak 
dan ragu lagi. Bahkan dilihatnya Dia itu dalam alam hatinya.

Perkaitan Insan Kamil itu dengan Allah adalah seperti anak mata (pupil) 
dengan mata. Melaluinya Allah melihat makhluk-Nya dan melimpahkan rahmat-Nya 
ke atas mereka (iaitu menjadikan mereka). Dalam pengertian inilah Insan 
Kamil itu adalah penyebab (cause) terjadinya makhluk. Ini kerana pada Insan 
Kamil itu saja tujuan kejadian makhluk itu diketahui. Jika tidaklah kerana 
Insan Kamil maka makhluk tidak ada gunanya kerana Allah tidak akan dikenali. 
Oleh itu, demi Insan Kamil itulah seluruh makhluk itu dijadikan, iaitu Allah 
menzahirkan Diri-Nya dalam alam dan dalam Insan Kamil.

Sesungguhnya Manusia itu tinggi darjatnya. Manusia itulah makhluk yang 
paling tinggi martabatnya dan paling mulia. Manusia itu mestilah dipelihara 
dan dimuliakan.

"Allah telah memuliakan insan hinggakan diletakkan di bawah kawalan manusia 
semua yang di langit dan di bumi dari yang paling tinggi hingga ke yang 
paling rendah."

Ini bererti semua dalam alam raya ini tersimpul dalam Insan Kamil.

Bukan saja Insan Kamil itu penyebab terjadinya makhluk dalam pengertian yang 
disebutkan tadi, tetapi juga adalah sebagai pemelihara selagi Insan Kamil 
berada di dalamnya. Bukankah anda lihat betapa jika Insan Kamil meninggal 
dari dunia yang sekarang ini, maka tidak ada lagi yang tinggal dalam dunia 
ini dan apa yang di dalamnya akan binasa dan seluruh urusan akan dipindahkan 
ke alam akhirat dan akan dimeterai untuk selama-lamanya.

Sekiranya penyebab itu hilang sirna, maka "kesan"-nya pun akan hilang juga. 
Jika Insan Kamil binasa, iaitu jika Allah tidak mahu Ia dikenali lagi, Allah 
akan berhenti menzahirkan Diri-Nya dalam apa jua bentuk pun, maka seluruh 
alam akan binasa dan lenyap. Apakah alam itu? Hanya semata-mata 
bentuk-bentuk Zat Yang Satu itu. Dengan lain perkataan, aspek Zahir Wujud 
ini akan lenyap selama-lamanya dan aspek Batin saja akan tinggal berdiri.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Jemputan!

2000-08-27 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

Assalamualaikum yang dikasihi...

Atas dasar mengeratkan silatur-Rahim, saya mengambil kesempatan ini untuk 
menjemput WARGA HIZBI.NET saudara/i, tuan/puan sekeluarga menghadiri majlis 
kenduri aqiqah di rumah saya pada :

Tarikh : 3 September 2000 / 4 Jamadil Akhir 1421 (Ahad)

Masa   : 11:00 pagi hingga (tiada terhad)!

Kepada rakan seperjuangan, tolong sebarkan maklumat ini!

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.

 jemputan.ppt

H-Net* Doktrin Hakikat Muhammad - Bahg. 2

2000-08-27 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
tawhid) 
mengandungi intuisi (ilham) tentang keesaan mutlak dan tanzih Ketuhanan 
(transcendence of God), ilmu yang dibukakan dalam tindakan Nur (iaitu dalam 
hati orang Sufi) diberi dalam bentuk sesuatu yang boleh dilihat dan 
dikhayalkan. Ianya berbentuk "rumah" yang bertiang lima yang di atas rumah 
itu ada tetap. Dinding rumah itu tidak ada pintu dan ini menyebabkan rumah 
itu tidak boleh dimasuki. Di luar rumah itu ada satu tiang yang bersambung 
dengan dinding luar.

Orang Sufi menyentuh dan mencium tiang ini sebagaimana orang Islam mencium 
Batu Hitam (Hajar Aswad) pada Kaabah. Bukanlah dalam stesen mistik ini saja 
tiang itu boleh disentuh dan dilihat dalam idea atau khayalan tetapi juga 
dalam semua stesen mistik (maqam). Tiang ini bertindak sebagai pentafsir 
(interpreter) ilmu pengetahuan yang dibukakan kepada orang Sufi dalam maqam 
itu. Lidahnya petah berkata-kata. Si Sufi tidak dapat masuk ke dalam 
sebahagian daripada "manazil" ini, oleh itu mereka hanya menerima ilmu 
berkenaannya dari tiang yang di luar itu, dan mereka percaya dengan apa yang 
disampaikan kerana orang Sufi ada bukti tentang kebenaran kata-kata itu 
dalam kasyaf.

Oleh itu secara perlambangan Ibnul Arabi menjelaskan "manazil" (stesen 
mistik) dan Prinsip yang bertindak melaluinya. Rumah itu keseluruhannya 
melambangkan seluruh Realiti (Wujud Semesta Raya). Bahagian luarnya 
melambangkan alam zahir dan bahagian dalamnya alam roh. Tiang luar tadi yang 
menyambung luar rumah dengan dalam rumah ialah Hakikat Muhammad atau Roh 
Muhammad, pentafsir yang petah berkata-kata dan bijaksana antara orang Sufi 
dengan alam roh (iaitu antara Ketuhanan dan Kemanusiaan), tetapi Hakikat 
Muhammad itu tidak berpisah dari Allah dan tidak berpisah dari alam.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

Re: H-Net* Jemputan!

2000-08-27 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum yang dikasihi...

Memandangkan ada kalangan antara kita yang tidak boleh download attachments 
files, di sini saya sertakan alamat rumah :

No.1, Jalan Mutiara 10/3, Taman Sri Nanding, 43100 Hulu Langat, Selangor 
Darul Ehsan.

Telefon : 03 90214508

Untuk pengetahuan saudara/i, tuan/puan... ini bukanlah ajak-ajak ayam. 
Tetapi kalau anda ingin makan daging ayam, insyaAllah kami sediakan.

Dan tidak timbul soal mengelabah di sini, kerana sebelum ini di majlis 
tahlil/hol yang dibuat... yang hadir adalah dari jamaah di seluruh Malaysia. 
Bukan sesuatu yang baharu!

Seperti yang saya katakan, jemputan ini adalah atas dasar mengeratkan 
silatur-Rahim, di samping mengenali diri masing-masing antara satu sama 
lain.

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

From: "mencelah sikit" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Jemputan!
Date: Mon, 28 Aug 2000 01:01:47 GMT

Wa'alaikumussalam.

Kalau tak boleh download...boleh pakai maxis.Tapi sedara kita ni main 
ajak...aje, kena satu malaysia maribaru dia mengelabah!

From: "mawar berduri" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Jemputan!
Date: Mon, 28 Aug 2000 00:54:03 GMT

Assalamu;alaikum,

Nih macam ajak-ajak ayam saja.   Alamat tak kasipun, patah kaki melilau 
nak cari umah nanti.

From: "mencelah sikit" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
CC: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Jemputan!
Date: Mon, 28 Aug 2000 00:46:24 GMT

Wa'alaikumussalam.

Rezki jangan di tolak...:)

_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Doktrin Hakikat Muhammad

2000-08-22 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
yang diketahui) bersatu dan berpadu. Melaluinyalah alam ini dizahirkan. 
Hakikat ini berada di sebalik penzahiran alam semesta raya ini. Hakikat bagi 
segala hakikat ini terzahir dalam alam ini dan alam ini membayangkan wujud 
positif Hakikat itu. Hakikat itu sempurna dan alam yang menzahirkan 
kesempurnaannya itu adalah juga sempurna. Kesedaran ini mencapai kemuncaknya 
dalam diri Insan Kamil. Merekalah yang mengenal Allah dengan sempurnanya.

Untuk penjelasan ringkas tentang theori "Hakikat bagi segala hakikat" 
menurut Ibnul Arabi dan tempatnya dalam doktrin metafizikanya, maka bolehlah 
kita ringkaskan demikian, Zat atau Diri Ketuhanan itu mempunyai akal yang 
dinamakan Akal Semesta atau Ilmu Semesta. Akal atau Ilmu Semesta ini ada isi 
atau kandungan (yang diketahui). Inilah Hakikat bagi segala hakikat 
(Haqiqatul-Haqaiq). Inilah peringkat Kesedaran Diri Yang Esa itu. Manusia 
adalah tumpuan (fokus) Kesedaran dalam fikiran (mind) Tuhan. Hakikat bagi 
segala hakikat ini mempunyai banyak aspek sebagaimana banyaknya maujud dalam 
alam raya ini. Zat Ketuhanan hanya ada satu aspek bagi semua maujud dalam 
alam ini. Kesimpulannya, Hakikat bagi segala hakikat itu adalah isi atau 
kandungan ilmu Allah itu.

(b) Hakikat Muhammad Dari Aspek Mistik

Hakikat Muhammad itu adalah Ketua Agung dalam susunan peringkat (hirarki) 
kaum Sufi. Dialah penghulu agung. Dari situlah mereka dapat ilmu-ilmu 
ketuhanan dan kebatinan. Dialah Guru Agung. Dialah ibarat cahaya Ketuhanan 
yang menyinari hati orang Sufi. Dialah Cahaya. Dialah pelita hati. Yang 
dimaksudkan dengan Muhammad di sini bukanlah "bentuk Muhammad" atau bentuk 
badan jasmani Muhammad itu. Yang dimaksudkan dengan Muhammad itu ialah 
Hakikat Muhammad (Al-Haqiqatul Muhammadiyyah) iaitu Prinsip aktif dalam 
semua ilmu Ketuhanan dan Kebatinan. Muhammad itulah Akal Awal. Prinsip 
Rasional Semesta atau Ilmu Ketuhanan Yang Semesta yang terzahir sepenuhnya 
dalam golongan manusia yang digelar Insan Kamil (manusia sempurna). Muhammad 
itulah Qutub iaitu Ketua para Anbiya' dan Aulia' dari segi keruhaniannya. 
Hanya Muhammad (iaitu Hakikat atau Roh Muhammadiyyah) itu saja yang boleh 
digelar Abdullah. Menurut Ibnul Arabi, nama Allah itu adalah Nama yang 
merangkumi semua nama-nama Allah. Orang-orang Sempurna yang lain digelar 
Abdul Malik, Abdul Rab dan sebagainya, iaitu mereka ini dianggap sebagai 
orang bawahan atau penzahiran Abdullah, ketua hirarki itu.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

Re: H-Net* Hakikat Nur Muhammad

2000-08-17 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum yang dikasihi...

Terima kasih dengan respond yang diberikan. Sebenarnya persoalan tentang 
penerangan berkenaan dengan tajuk Hakikat Nur Muhammad ini tidak berakhir di 
sini sahaja (mengikut apa yang saya tulis). Banyak lagi cerita-cerita di 
sebalik tabirnya yang tidak terungkap.

Apa yang saya tulis adalah basic, dengan sebab itu saya katakan yang saya 
sekadar memberi huraian asas kepada kefahaman rakan netters kita dalam 
memahaminya. Saya cuba olahkan yang termudah untuk semua orang faham.

Saya boleh membawa lebih jauh lagi saudara/i menjelajahi persoalan ini demi 
untuk "perpindahan technologi ilmu". Tetapi dalam pada itu saya kena 
berhati-hati, kerana perbincangan tajuk ini amat seni dan dalam 
pengertiannya. Dengan sebab itu saya anjurkan saudara/i menuntut daripada 
guru mursyid yang ahli di dalam tasauf, demi untuk menambahkan lagi 
kefahaman berkenaan dengan Hakikat Nur Muhammad ini.

Tidak semudah itu untuk setiap individu untuk menerima doktrin ilmu tasauf 
ini!

Dan adalah juga saya sarankan agar setiap daripada kita agar berlapang dada 
apabila membicarakan bab-bab kerohanian di dalam ilmu tasauf ini. Jangan 
mudah melatah!

Ini bukan cerita rekaan atau lakonan!

Apa yang anda persoalkan itu, ada kebenarannya. Dan begitu banyak 
tafsiran-tafsiran yang kita dengar dari kumpulan-kumpulan yang tertentu. 
Mengandungi dua kefahaman dan aliran, iaitu di pihak yang benar... dan satu 
lagi di pihak yang menyeleweng.

Ini yang bahayanya jikalau kita menuntut ilmu yang tiada diketahuinya 
hujung-pangkal nasab-nasab gurunya yang benar!

InsyaAllah, jika saya berkesempatan dan mempunyai ruang dan masa... akan 
saya terjemahkan lagi maksud sebenarnya Hakikat Nur Muhammad / Hakikat 
Muhammadiyyah ini. Demi untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dan maklumat 
yang berguna untuk kebaikan ummah bersama!

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
From: "H Z" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
CC: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Hakikat Nur Muhammad
Date: Thu, 17 Aug 2000 06:40:57 GMT

Assalamualaikum,semoga dirahmati Allah,

Terima kasih kepada saudara Abdul JAmil Lam kerana bersusah payah memberi 
penerangan.Persoalan saya adakah ini saja penerangan tentang Nur Muhammad 
yang ada.Saya percaya ada aliran tarikat yang lain yang mempunyai 
penerangan yang amat berbeza kerana ada yang berkata bahawa Nur Muhammad 
itu adalah juga sifat Jalal Allah.Iaitu sifat Allah yang TUJUH yang 
DIPINJAMKAN kepada setiap makhluk manusia yang mana dengan itulah makhluk 
insan dapat layak menjadi khalifah keatas makhluk Allah taala yang 
lain.Iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu, HAyat, samak, Basar, Kalam yang ada pada 
kita (teramat sedikit di pinjamkan oleh Allah).Tetapi ini TIDAK BOLEH 
MENJADIKAN KITA INI ALLAH.Kita hanya dipinjamkan SEDIKIT SANGAT dari 
sifatnya yang ada.Kita tetap manusia, makhluk kepada Allah Taala.Tanpa 
Kudrat Allah, contohnya..kita tidak mampu terdaya melakukan apa-apa. Minta 
pada yang beraliran begini tolong sambungkan, jika ada.

sekian.

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

Re: H-Net* Hakikat Nur Muhammad

2000-08-16 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
lah) tidak mencipta 
cakerawala (alam ini)."

Dan yang lain lagi bermaksud :

"Aku (Allah) ciptakan segala benda kerana kamu (Muhammad) dan Aku jadikan 
kamu kerana Aku (Allah)."

Apa yang disebut di atas adalah sebahagian daripada dalil-dalil dan 
hujah-hujah yang dikemukakan oleh golongan yang menyokong konsep Nur 
Muhammad dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. Kerana itu mereka 
tetap menerima dan menjadi pegangan mereka. Dan adalah tidak dinafikan dalam 
pada itu ada juga golongan kedua yang menolak dan tidak menerima dalil-dalil 
dan hujjah-hujjah tersebut.

Wallahu ta'ala a'lam…….

Wassalamu…….

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

From: "som siah" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Hakikat Nur Muhammad
Date: Tue, 15 Aug 2000 08:28:30 MYT

Assalamualaikum.

Saya ingin bertanya kepada netters yang arif tentang hakikat
Nur Muhammad. Apakah memang benar sebelum Allah mencipta
makhluk2Nya , yang mula2 dicipta ialah Nur Muhammad?
Sekiranya benar adakah terdapat nas atau hadis yang
jelas tentangnya? Atau ia hanya datang dari fahaman
yang direka2...

Sekian.

Wassalam
_

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Perkataan Sayyidina Pada Selawat

2000-08-08 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
nghormati dan 
memuliakannya. Malah kalau kita teliti, ternyata bahawa Allah SWT sendiri, 
iaitu Zat yang paling tinggi lagi agung pun memuliakan baginda.

Di antara cara yang terbaik untuk memuliakannya ialah dengan menyebut dengan 
sebaik-baik sebutan, seperti menyebut perkataan sayyidina sebelum perkataan 
"Muhammad" ketika berselawat atau sembahyang.

Menurut Imam-imam fikah yang muktamad dalam mazhab asy-Syafie, sebutan 
sayyidina sebelum sebutan nama "Muhammad" dalam selawat itu adalah lebih 
afdhal atau lebih utama, kerana ia merupakan satu penghormatan dan kemuliaan 
kepadanya, yang sesuai dengan martabat dirinya yang begitu tinggi.

Tersebut dalam kitab Ianatut Talibin (kitab yang mensyarahkan kitab Fathul 
Muin), bahawa sebutan as-siadah (sayyidina) itu adalah lebih utama, kerana 
bersopan terhadap Nabi itu adalah lebih baik.

Bermaksud bahawa mengucap selawat ke atas Nabi tanpa menyebut perkataan 
sayyidina sebelum perkataan "Muhammad" itu juga dibolehkan, tetapi kurang 
sopan.

Menurut Syeikh Syahabuddin al-Qalyubi, bahawa tidak rosak menambah perkataan 
sayyidina sebelum nama Muhammad (pada tasyahud dan selawat). Malah itu 
adalah yang paling afdhal kerana sebutan tersebut adalah perbuatan memulia 
dan menghormati Nabi dan menjalankan perintah Nabi.

Menurut al-Qalyubi, menyebut perkataan sayyidina itu adalah cara berselawat 
seperti yang diperintahkan di samping menghormati dan memuliakan Nabi 
Muhammad SAW.

As-Syeikh Shamsuddin ar-Ramli menyebutkan bahawa sebutan perkataan sayyidina 
pada selawat itu adalah paling afdhal. Dengan berbuat demikian kita telah 
melakukan sesuatu yang disuruh oleh Rasulullah SAW dan telah mengucapkan 
sesuatu yang benar, iaitu berbicara atau menyebut nama baginda dengan sopan 
dan beradab.

Begitu juga pendapat asy-Syeikh Muhammad pengarang kitab Dalailul Khairat. 
Selain menggunakan perkataan sayyidina perkataan Maulana dan lain-lain 
perkataan yang menunjukkan kemuliaan, penghormatan dan membesar-besarkan 
(bukan mendewa-dewakannya) Nabi ketika berselawat adalah lebih afdhal 
digunakan.

Penggunaan kalimah sayyidina ini adalah merupakan satu fatwa yang telah lama 
dan masyhur di kalangan Ulama' Islam.

Firman Allah Ta'ala di dalam al-Qur'an, bermaksud :

"Jangan kamu memanggil Rasul seperti panggilan di antara kamu."

[An-Nur : 31]

Dalam sebuah Hadis daripada Abdullah bin Masid r.a., ia berkata, Rasulullah 
SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Apabila kamu berselawat kepada aku, maka berselawatlah dengan 
sebaik-baiknya, maka sesungguhnya kamu tidak tahu bahawa kemungkinan selawat 
itu dihadapkan kepada aku. Sebutlah : Ya Allah, turunkanlah rahmat dan 
berkat Engkau untuk penghulu sekalian Rasul, Imam sekalian orang yang 
bertaqwa, Nabi yang paling akhir, hamba-Mu dan Rasul-Mu, Imam segala macam 
kebajikan, pembimbing segala macam kebaikan, Rasul yang membawa rahmat."

Hadis ini mengajar kita agar menggunakan perkataan seperti (dalam bahasa 
Arabnya) Sayyidul Mursalin, Imamal Muttaqin, Khatamun Nabiyyin, Rasuluka, 
Imamal Khair dan Rasulurrahmah.

Wallahu ta'ala a'lam…….

Wassalamu…….

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

From: "Zainol Zainuddin" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Re: [islah-net] Re: Tariqat Sufiah - Pengakuan Ulama' 
Syariah Tersohor
Date: Tue, 08 Aug 2000 00:56:08 GMT

Wa'alaikumsalam dan salam kembali,
Amat bersetuju dengan pendapat saudara Osman, tentang ilmu hadith. Saya 
cuma
memberikan antara 2 cth sahaja. Apa yang saya yang ingin saya tekankan
adalah sifat bersangka buruk antara satu sama lain. Jika berlainan
pandangan, berdiskusile secara sopan dan ilmiah. Jikalau sesuatu amalan tu
dibuat atau tak dibuat, setiap org mempunyai persepsinya sendiri. Itulah
perlunya berguru dan research. Ambil le yang baik , atau yang lebih baik.
Wassalam.

p.s.  Kalau saudara Osman ada terjumpa akan hadith-hadith sahih tentang
keafdholan menyebut "saidina" semasa bertahiyat akhir, pls E-mail to me.
Terima Kasih.

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net      )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

Re: H-Net* Pengertian Fana'

2000-07-25 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
W'salam saudaraku yang dikasihi...

Terima kasih dengan keperihatinan saudara terhadap penulisan saya.

Apa yang hendak saya ulaskan, saya begitu cukup berhati-hati di dalam setiap 
penulisan yang dihasilkan. Apa yang saya tulis, itulah budaya dan mentaliti 
saya. Dahulu, kini dan selamanya!

Cuma satu permintaan saya, agar saudara (dan rakan-rakan lain)... berlapang 
dada dan bersifat akademik (ilmiah), apabila membaca penulisan saya.

Apabila membaca, cuba fahamkan apa yang saya tulis. Apa message yang hendak 
disampaikan.

Namun saya begitu faham apa yang saudara maksudkan. Terima kasih!

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

From: nukman naufal [EMAIL PROTECTED]
To: Abdul Jamil Lam [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Pengertian Fana'
Date: Tue, 25 Jul 2000 04:55:11 -0700 (PDT)

Assalamu'alaikum saudara,

Saya ingin memberitahu agar saudara berhati-hati dlm.
menggunakan perkataan "bersatu dgn. Allah" kerana
takut mungkin disalah erti oleh sebilangan orang.
Sebagaimana yang saya fahami dari Guru-guru Sufi yang
pernah saya ikuti bukan "bersatu dgn. Allah" yg.
dimaksudkan fana' oleh para Sufi tetapi tetapi hilang
lenyap zat makhluk apabila di depan Zat Allah atau
dlm. lain perkataa yg. wujud pada masa itu hanya lah
Allah sahaja. Maka wujud makhluk ini hanyalah wujud
yang majazi dan bukan wujud yang sebenar-benarnya
hanya wujud Allah -lah wujud yang Haqiqi.

Wassalam.

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Pengertian Fana'

2000-07-24 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
 dalam alam raya ini.

2. Fana' dari semua sifat makhluk. Si Salik menyedari dalam peringkat ini 
bahawa semua sifat (kualiti) makhluk adalah sebenarnya sifat dan kualiti 
Allah.

3. Fana' dari personaliti (zat) sendiri. Dalam peringkat ini si Salik merasa 
dan sedar bahawa diri fenomenalnya tidak ada dan yang baqa' (kekal) adalah 
rohnya yang menjadi bayangan Tuhan itu.

4. Fana' dari seluruh dunia, iaitu terhenti dari memandang dan memikirkan 
aspek fenomena (zahir) alam ini dan menyedari aspek hakiki yang ada di 
sebalik yang zahir itu.

5. Fana' dari "selain Allah"  bahkan dari fana' itu sendiri. Dalam peringkat 
ini si Salik itu lupa langsung apa saja selain Allah dan juga fana' itu 
sendiri. Di peringkat ini juga si Salik itu tidak sedar dirinya sebagai yang 
"memandang". Allah itu sendiri "yang memandang" dan "yang dipandang". Dia 
kelihatan dalam semua keadaan (syu'un) iaitu penzahiran-Nya.

6. Fana' dari semua sifat Allah dan nisbahnya iaitu memandang Allah sebagai 
zat alam raya ini. Si Mistik itu tidak lagi menganggap alam ini sebagai 
kesan dari satu penyebab tetapi "sebagai Hakikat dalam zahir" (Haqq fi 
Zuhur). Ia sedar betapa pada pandangannya, yang lain tidak ada. Dalam 
peringkat ini disedarilah sepenuhnya kesatuan dan keesaan segala sesuatu. Di 
sinilah kesimpulan seluruh falsafah Tasauf. Peringkat inilah akhir dan 
matlamat semua usaha dan latihan si Salik (iaitu orang yang dalam perjalanan 
menuju Allah).

Tujuan akhir Tasauf ialah mencapai apa yang digelar "ilmu yang benar" atau 
"ilmu hakiki" atau "ma'rifat".

Pada setiap peringkat itu, sebahagian dari hijab (tabir) itu tersingkap. 
Hijab itu ialah ciri-ciri Alam Nyata ini dan juga apa saja selain Allah. 
Apabila semua hijab itu tersingkap maka ternampaklah Hakikat (iaitu Allah) 
itu dengan terang-benderang. Di sini kebebasan roh itupun tercapai. Maka si 
Salik itupun dikatakan sampai (wasala) di matlamatnya dan di situlah tempat 
kebahagiaannya. Matlamat itu bukanlah Zat Allah itu sendiri.

"Bagaimana Allah itu jadi matlamat sedangkan Dia itu Sendiri yang sebenarnya 
sampai ke matlamat itu?"

Seorang Sufi diberitahu oleh seorang hamba Allah, "Tuan, ada seorang Sufi 
mengatakan ia telah sampai (wasala), bagaimana pendapat tuan?" Si Sufi itu 
menjawab, "Sampai ke mana? Ke Neraka?" Aku menyokong pendapat ini untuk 
menunjukkan bahawa matlamat akhir perjalanan kesufian itu bukanlah Allah itu 
sendiri.

Kebahagiaan yang paling tinggi bagi seorang Sufi ialah dalam "menyedari", 
"kesatuan" atau  "keesaan"nya dengan Alla SWT dengan melalui rasa dan 
pengalaman keruhanian. Ilmu yang diyakini ('ilmul-yaqin) sekarang menjadi 
"zat" keyakinan ('aynul-yaqin) itu sendiri. Apabila ia telah melampaui 
peringkat kualiti (sifat) 'Alim (yang tahu) dan Ma'lum (yang diketahui), 
maka ia sampai ke peringkat yang paling tinggi dalam kehidupan keruhaniannya 
di mana ia berhadapan wajah dengan hakikat keyakinan (haqqul-yaqin).

Pendeknya, tujuan bersuluk (iaitu cara-cara dari latihan pembuka hijab), 
menurut theori ini ialah untuk menyedari baik atau untuk menginsafi diri 
tentang "kesatuan" atau "perpaduan" diri dan alam ini dengan Wujud Mutlak 
(iaitu Allah) itu. Kesatuan atau perpaduan itu telah memang sedia ada sejak 
azali lagi hinggalah sampai bila-bila, tetapi setelah lahir ke dunia kita 
lupa, maka itulah sebabnya diutuskan para Rasul dan pewaris-pewarisnya untuk 
menyedarkan kembali manusia itu supaya ia kenal dan tahu hakikat dirinya dan 
Tuhannya.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* [Final] Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 9

2000-07-18 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
yibli dan Abu Madyan adalah orang Sufi yang enggan 
mempraktikkan tasarruf (kuasa himmah) itu, tetapi seorang Sufi boleh 
mempraktikkan tasarruf jika Allah menghendakinya berbuat demikian, misalnya 
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 8

2000-07-12 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

· Kuasa Kreatif Si Mistik

Orang-orang Mistik atau Ahli Ma'rifah (al-'arifun) mempunyai kuasa 
menjadikan atau menzahirkan (kuasa kreatif). Kuasa ini bersifat ghaib yang 
digelarnya "al-Himmah" (will power) yang boleh membuat perubahan dan 
menzahirkan objek dalam alam nyata ini di mana saja kuasa itu ditumpukan 
atau dikonsentrasikan.

Perkataan "himmah" dimaksudkan sebagai tenaga Ketuhanan dalam hati Insan 
Kamil. Juga digelar Sidq (intuisi sebenar). Kuasanya yang boleh membuat 
perubahan atau pertukaran dalam alam nyata ini digelar "tasarruf" (control).

"Himmah" itu pula terbahagi kepada dua jenis :

(1) Semulajadi  (2) Diperolehi

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 6

2000-07-05 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

· Khayal

Perkataan "khayal" digunakan untuk maksud pengantara antara dua peringkat. 
"Al-'Ama" (yang tidak diketahui) itu khayal kerana al-'Ama itu adalah 
peringkat antara Zat Mutlak dengan Alam Fizika ini. Bayangan mental adalah 
khayal adalah kerana bayangan mental itu adalah peringkat antara alam 
keruhanian dan alam kebendaan ini. Mimpi itu adalah khayal kerana mimpi itu 
peringkat antara kehidupan yang sebenar dengan kehidupan yang fenomenal 
(alam nyata). Bayangan dalam cermin itu khayal kerana bayangan itu mempunyai 
jenis tersendiri iaitu ianya bukan konkrit dan bukan abstrak (mujarrad).

Malaikat Jibrail yang dilihat oleh Nabi Muhammad SAW dalam bentuk "Dihyah" 
adalah khayal. Yang dimaksudkan khayal itu sebagai sesuatu yang jadi lambang 
(symbol) bagi maksud atau hakikat yang tersembunyi. Alam ini adalah khayal 
dalam pengertian ini. Mimpi pun adalah khayal kerana alam ini dan juga mimpi 
yang tertentu adalah lambang realiti (hakikat) yang tersembunyi.

Khayal ini mempunyai tempat yang tertentu dalam theori tentang wujud ini. 
Ianya bukanlah kosong dan tidak bererti, seperti yang dikatakan oleh 
ahli-ahli psikologi. Sebahagian daripada khayal itu iaitu yang boleh 
dipisah-pisahkan termasuk dalam golongan "hadrat zat" (al-hadrah 
al-zatiyyah) dan sentiasa sedia menerima makna (ma'ani) dan roh (arwah). 
Itulah bentuk-bentuk yang melaluinya Hakikat menzahirkan dirinya ke dalam 
hati manusia. Itulah bentuk-bentuk yang lebih tinggi dari bentuk-bentuk alam 
kebendaan ini.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Theori Ilmu Jiwa (psikologi) Bahagian 5

2000-07-03 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

· Tanggapan (Perception)

Deria (sense) melihat (menganggap) melalui Nur yang mengetahui. Nur itu 
adalah zat deria itu sendiri dan juga zat objek atau benda yang dilihat atau 
ditanggap itu. Maklumat yang dikumpul oleg deria dari alam nyata ini pergi 
terus ke hati dan dirujukkan kepada akal. Akal itu yang tempatnya berada 
dalam otak, mengenal pasti maklumat atau impresi ini sebagai tanggapan deria 
(sence-perception) dan menghantarnya ke fahaman (mufakkira). Tugas mufakkira 
ini ialah menganalisa dan membeza-bezakan tanggapan itu. Apabila proses 
penyerapan dan pembezaan berlaku, sebagian dari tanggapan yang terbukti 
menarik fikiran (mind) itu akan tersimpan dalam ingatan, iaitu fakulti yang 
paling hampir dengan hati. Dalam semua laluan itu, hati (Cahaya) itulah yang 
berkerja meskipun banyak saluran di mana tenaganya mangalir.

· Ruh Lupa Dengan Ilmu Yang Qadim

Roh itu telah lupa dengan ilmu yang sedia ada dari azali itu semasa 
percantumannya dengan badan yang sementara ini. Apa yang digelar ilmu yang 
diperolehi itu adalah ilmu yang diingat oleh roh. Setengah roh, seperti roh 
Nabi dan Wali tidak pernah lupa dengan ilmu mereka dan tidak pernah mendapat 
sakit roh yang menimpa roh-roh yang lain.

· Syahwah Dan Iradah

Syahwah atau syahwat adalah usaha untuk memuaskan kehendak nafsu, dan Iradah 
ialah kuasa Ketuhanan dan keruhanian yang objeknya bukanlah yang konkrit 
iaitu dalam alam nyata ini. Mencari makan adalah syahwat tetapi kerinduan 
roh untuk mendapat kesempurnaan, keindahan dan melihat Allah, dan lain-lain 
adalah tindakan Iradah.

Ada kemungkinan mendapat objek keruhanian sebagai objek syahwat. Mengalami 
syahwah keruhanian seperti itu, sebagaimana juga orang mengalami syahwat 
kebendaan adalah satu kemungkinan. Tetapi pengalaman seperti itu hanya 
dialami oleh beberapa orang saja. Bilangan orang seperti ini sedikit saja.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 4

2000-06-27 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

   · Roh Rasional Itu Ibarat Cahaya

Pada hakikatnya realiti yang mengetahui dan memahami itu adalah satu. Inilah 
yang digelar sebagai "Cahaya" (Al-Nur). Tanpa cahaya ini tidak ada apa dan 
siapa pun yang mengetahui dan memahami atau diketahui dan difahami. Pada 
manusia Cahaya ini ialah roh rasional. Keesaan cahaya ini, bukan saja dalam 
tugas kosmiknya (cosmic functions) sebagai "Akal" tunggal yang bekerja dalam 
semua falak akal, tetapi juga dalam setiap individu di mana cahaya itu 
berada. Hanya manusia sajalah yang memiliki keesaan ini dalam derajat yang 
paling tinggi. Manusia mendengar, melihat, merasa, memikir, mengingat, 
mengkhayal dan paling penting ialah menerima semua ilmu dari alam ghaib 
dengan melalui pancaindera dan fakulti yang diberi pelbagai nama dan semua 
ini adalah satu pada dasarnya iaitu Nur. Jika anda ketahui suara, anda gelar 
Cahaya yang mengetahui itu "pendengaran" dan jika anda ketahui melalui 
penglihatan maka anda gelar cahaya itu "penglihatan" dan seterusnya. 
Pendeknya cahaya itu adalah sesuatu yang melaluinya fahaman dan pengetahuan 
terjadi. Di samping itu, sesuatu yang difahami mestilah ada perkaitan khusus 
dengan Cahaya Yang Mengetahui itu iaitu Allah SWT. Bahawa Allah itulah saja 
yang mengetahui dan yang diketahui. Jika sesuatu itu tidak diketahui oleh 
akal (bukan semestinya akal manusia), maka ianya bukanlah realiti. Nur yang 
memahami warna dan suara dan membayangkan idea dan membentuk gambaran dalam 
akal itu adalah sama dengan Nur (cahaya) yang melihat Hakikat itu sendiri.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

Re: H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 2 (comment)

2000-06-25 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM...

Saya bersetuju bila saudara mengatakan topik yang dibincangkan tersebut 
terlalu haavy kepada saudara untuk memahaminya.

Dan saya juga beretuju, ke arah pemahaman ini seseorang itu WAJIB berguru 
kepada yang ahli (MURSYID).

Yang menyebabkan kita merasa terasing kepada pemahaman Ilmu Kerohanian ini 
adalah sebab kita tidak mempelajarinya. Dengan sebab itu bila saja kita 
menemui istilah-istilah yang asing/pelik, dirasakan janggal untuk kita 
menerimanya. Lalu dituduh ilmu ini sesuatu yang baharu (bid'ah) oleh 
sesetengah orang! Padahal mereka ini tidak pernah dengar dan belajar ilmu 
tersebut...

Seperkara lagi, saya juga bersetuju dengan kenyataan anda. Iaitu jika ILMU 
SYARIAT kita tidak betul-betul tahkik, bagaimana untuk kita menjerumuskan 
diri ke dalam dunia Tasauf kesufian??? Akibatnya, berbagai-bagai spekulasi 
dan pertentangan akan berlaku akibat daripada perselihan fahaman dan 
tafsiran antara hukum syariat dan hakikat.

Terima kasih untuk saudara, kerana begitu perihatin dengan penulisan saya.

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

From: "RASEET SITRATA" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 2 (comment)
Date: Thu, 22 Jun 2000 00:40:06 PDT

Saya rasa Topik diatas adalah terlalu heavy untuk lay man seperti saya 
untuk memahami dan saya rasa perlu kepada Guru yang Ahli.
Contohnya:

1. Definasi Sufi.
2. Bila Ilmu Tasauf dan Sufi bermula.
3. Sebelum Islam (Zaman Greek) Cabang Ilmu Sufi adakah telah bermula.
4. Dalam agama lain Seperti (Hinduism, Buddhism, Taoism,Cristianism dll ism 
apakah approach Sufi mereka.
5. Adakah ianya satu asimilasi (spt. Bank Bumi ke Bank Islam)
6. Bagaimanakah masalah pembersihan penyakit Hati,jiwa dan roh penyakit 
spt. Hasad dengki, Takabur, Ujud, Raja dll.)
7. Bagaimanakah adap Buang air, makan ,minum, tidur dll.
8. Bagaimankah pengetahuan kita tentang Ilmu Tauhid,fekah,Al'Quran, Hadis 
dan Sejarah (ibrah) nabi-nabi dan rasul.

Jika perkara-perkara yang diatas still not settle yet macam mana kita nak 
membicarakan hal-hal yang heavy-heavy tentang Sufi, takut-takut menyimpang 
daripada landasan AL'Quran dan Hadis.

Wassalam

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

Re: H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 2 (comment)

2000-06-25 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM...

Terima kasih dengan kenyataan yang dikeluarkan.

From: mona mz [EMAIL PROTECTED]
To: RASEET SITRATA [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 2 (comment)
Date: Thu, 22 Jun 2000 03:22:41 -0700 (PDT)

Assalamualaikum rakan hizbi..

sincerely saya personally memang tdk begitu ambil
perhatian posting2 yg berkaitan dgn sufi/tasawauf dan
yg berkaitan dgnnya..

Ini adalah personally masing-masing, bebas memilih...

kerana saya berpendapat jika
kita belum sampai ke tahap utk memahami sst yg diluar
jangkauan ilmu yg kita ada.. sebaiknya jgn cuba2 utk
belajar ilmu sebegini..

Benar! Saya setuju...

Tetapi ada sedikit penjelasan yang hendak saya perbetulkan. Di dalam 
menuntut ilmu Allah ini, bukan setakat cuba-cuba saja... tetapi adalah WAJIB 
bagi setiap Muslimin dan Muslimat untuk menuntut ilmu. Ilmu Tasauf adalah ke 
arah pembikinan AKHLAQ yang lebih sempurna dan teratur... itu saja! Dan 
ianya tiada apa yang boleh meragukan, selagi kita berada pada landasan 
"jalan yang lurus"!

cikgu saya  isterinya [kakak
angkatsaya ]memang suka membicarakan bab2
tasawauf/sufi ini.. tetapi setelah mereka mendapati
saya kerap menyoal mcm2 - which obviously show yg saya
ni masih cetek ilmu.. so they stop discussing all
those issue infront of me.. sebabnya kita yg kurang
ilmu ini sukar utk menerima hakikat sst itu berbanding
mereka yg telah mencapai tahap tsbt..

Suka membicarakan dengan suka mengamalkan, adalah dua skop yang berbeza!. 
Yang paling penting dan utama di dalam menuntut ilmu ini adalah ILMU dan 
AMAL! Apabila diri merasakan kekurangan akan sesuatu, maka adalah lebih baik 
kita pelajari dari apa yang dirasakan kurang tersebut. Inilah jalan 
penyelesaiannya... menuntut ilmu.

jadi sebaiknya
betulkan dulu foundation  pemahan asas  pengamalan
kita... belajarlah dgn tok guru or ustaz2/ustazah2 yg
ARIF..

Setuju! Antara kita kena betulkan foundation terlebih dahulu! Tetapi sampai 
bila???

Ilmu syariat kita perkukuhkan dengan mantap, serba-serbi. Dan di susuli pula 
dengan Ilmu Tasauf kemudiannya. Sebab Ilmu Tasauf adalah ke arah pembaikan 
akhlak yang sempurna (UPGRADE)!

Menuntut daripada mereka-mereka yang ARIF!

jgn belajar di internet.. BAHAYA..

Benar!  BAHAYA... BAHAYA

Jika sdr/i masih ingin meneruskan diskusi berkaitan
kesufaian ini.. no harm.. anda faham, jadi anda
berbincanglah.. lagipun net ni kegunaan awam.. we hv
every right utk pilih nak baca atau tidak..

salam..

Benar! Di antara kita mempunyai kebebasan bertebaran di cyber maya ini. Jadi 
gunakanlah kesempatan (peluang) yang ada ini dengan sebaik mungkin. Mana 
yang baik kita jadikan sebagai panduan untuk beramal, mana yang tidak baik 
(salah), kita hindarinya jauh-jauh. Dan sentiasa bermohon kepada Allah 
Ta'ala agar kita diberi PETUNJUK dari-Nya.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 3

2000-06-25 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

· Theori Tentang Roh Manusia

Ada tiga aspek roh manusia itu. Pertama roh tumbuhan. Tugas roh ini ialah 
mendapatkan makanan dan menyerapkan makanan itu ke dalam tubuh. Roh ini ada 
4 kuasa iaitu :

(a) tarikan (jadhb)
(b) menyimpan (mask)
(c) menghadam (hadm)
(d) membuang (daf')

Roh haiwan dianggap sebagai wap yang halus yang tempat duduknya dalam hati 
(iaitu hati fizikal). Ianya bersifat kebendaan dan boleh didapati dalam 
badan manusia dan binatang.

Roh rasional ini adalah roh yang suci. Ianya suci bersih dan tidak berdosa. 
Roh ini berilmu. Apa yang dimaksudkan dengan "dosa" di sini ialah akibat 
pertelingkahan yang timbul antara roh rasional dan roh binatang semasa 
percantuman atau persangkutan roh rasional dengan badan manusia. Roh 
rasional ini tidak boleh rosak dan binasa, ianya kekal dan qadim.

Jadikan bagi setiap roh itu satu "kenderaan" (markab) yang bersesuaian 
dengan alam di mana roh itu akan pergi. Yang dimaksudkan dengan "markab"  
itu hanya perkataan untuk keadaan yang mana diduduki oleh roh itu semasa 
dalam perjalanan kembalinya menuju Roh Semesta itu, iaitu satu keadaan di 
mana roh itu bebas dari perbatasan kebendaan dan perkaitan dengan kebendaan 
sama ada secara menyeluruh atau hanya sebahagian.

Roh rasional itu bukan sejenis dengan akal (intelek) atau badan meskipun 
akal itu adalah satu daripada "kuasa"nya dan melalui percantumannya dengan 
badan, roh itu bertugas melalui badan itu. Roh itu bebas dari badan dan 
boleh wujud tanpa badan kerana roh itu telah ada sebelum bercantum dalam 
badan dan roh itu juga tetap wujud setelah meninggalkan badan. Roh itu hidup 
dan aktif. Kegiatannya ialah mengingat, menyimpan idea, memaham, membeza dan 
membayangkan idea. Ia boleh menerima semua jenis ilmu dan tidak pernah jemu 
menerima idea-idea yang mujarrad (abstract ideas). Roh ini adalah "ketua" 
semua tiga jenis roh itu dan amir (raja) semua kuasa yang mengkhidmatinya 
dan mematuhi perintahnya.

Roh itu bukan badan dan bukan 'arad tetapi adalah kepunyaan "alam al-amr" 
iaitu alam roh. Perintah Ketuhanan itu bukan badan dan bukan 'arad, tetapi 
kuasa seperti Akal Awal dan Roh Semesta dan lain-lain Roh Suci 
(al-mufariqat). Itulah realiti yang ditunjukkan oleh perkataan "AKU". Badan 
itu adalah aspek (wajah) zahir realiti (hakikat) yang satu dan roh itu 
adalah aspek batin realiti itu.

"Mati" itu tidak merosakkan roh itu. "Mati" itu hanya kehancuran atau 
pembinasaan bentuk kebendaan (badan) saja. Semua "bentuk" (badan) itu tidak 
ada apa-apa, hanya bayangan, tetapi ada raeliti di sebaliknya. Kerana ada 
roh itulah badan itu wujud. Semua tiga jenis roh tersebut pada hakikatnya 
satu jua. Oleh kerana yang batin itu lebih sempurna dari yang zahir, maka 
jadilah roh rasional itu lebih tinggi martabatnya. Roh rasional itulah aspek 
batin manusia.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]        )
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi)

2000-06-21 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

THEORI ILMU JIWA
   (Psikologi)

Seperti juga kebanyakan orang-orang Sufi, saya berpendapat bahawa "hati" 
itulah alat yang melaluinya ilmu kebatinan itu dipancarkan atau tempat di 
mana ilmu itu diturunkan. Yang dimaksudkan dengan "hati" itu bukanlah 
seketul daging yang terletak di dalam dada ini. "Hati" yang dimaksudkan ini 
adalah bersifat keruhanian semata-mata meskipun ianya ada hubungan dengan 
hati badan itu secara fizika dan secara keruhanian (suratan wa ma'nan). 
Perkataan "hati" itu adalah hanya lambang aspek rasional manusia, iaitu Roh. 
Hati itu juga disamakan dengan "al-nafsul mutma'innah" (Jiwa yang aman 
tenteram) seperti yang tersebut dalam Al-Qur'an. "Hati" yang dimaksudkan ini 
bukan intelek (akal) sebagaimana yang difahami oleh kaum falsafah. Akal itu, 
dianggap sebagai fenomenal (bersangkutan dengan alam nyata) dan bergantung 
dengan badan kasar ini. Tetapi "hati' yang dimaksudkan ini ialah 
"sebahagian" yang tidak boleh dipisahkan dari Prinsip 'Aqlul-kulliyyah (Akal 
Semesta), yang mana meskipun ianya bekerja melalui badan, namun ianya bukan 
badan itu sendiri dan bukan bergantung wujudnya pada badan atau disempadani 
oleh perbatasan kebendaan.

Kuasa yang ghaib ini mempunyai fakulti (kuasa semulajadi) yang ghaib yang 
digelar "mata dalam" atau mata hati (ayn al-basirah). Seperti juga mata 
kasar, mata dalam ini juga melihat tetapi objek yang dilihatnya ialah 
Hakikat itu sendiri. Saya percaya bahawa hanya "mata hati" atau mata dalam 
itu saja yang boleh melihat sesuatu yang melampaui akal fikiran. 
Perkara-perkara yang mendinding mata dalam atau mata hati itu ialah 
fikiran-fikiran jahat yang ditimbulkan oleh roh kebinatangan dan segala yang 
bersangkut dengan alam benda ini. Apabila seseorang Sufi itu telah 
membuangkan dinding atau hijab tersebut, hati si Sufi itu pun mulalah 
mengenal yang hakiki dan dapat berhubung dengan Roh Semesta Raya itu.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 ~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Theori Ilmu Jiwa (Psikologi) Bahagian 2

2000-06-21 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
yu) itu datang dari diri sendiri.

Hati si Sufi itu (atau jiwa rasional) adalah "mata" yang melaluinya Allah 
melihat Diri-Nya sendiri, dan alat yang dengannya Allah mengenal Diri-Nya 
dalam bentuk penzahiran-Nya, bukan dalam Kemutlakan-Nya kerana ilmu 
pengetahuan-Nya sebagai Yang Mutlak adalah kepunyaan-Nya sendiri saja. Insan 
Kamil itu adalah tumpuan (focus) Kesedaran Tuhan. Boleh juga dikatakan 
bahawa Allah (Tuhan) itu adalah tumpuan (focus) dan zat kesedaran Insan. 
Sebenarnya itu adalah menyatakan dua aspek dari satu fakta yang sama dan 
satu jua.

Realiti atau Hakikat (Allah) itu sentiasa menzahirkan diri-Nya dalam setiap 
bentuk dalam setiap peringkat (hadrat) wujud ini dan ini terbayang dalam 
hati orang-orang Sufi, ibarat cermin, dan mereka sentiasa "melihat" Allah 
dalam setiap sesuatu dan di mana saja. Setiap "keadaan" atau pertukaran 
dalam setiap benda yang qadim (eternal substance) bersesuaian dengan satu 
keadaan atau pertukaran dalam hati si Sufi itu. Inilah apa yang dimaksudkan 
bahawa Allah itu "terkandung" dalam hati si Sufi itu. Hati itu mengandungi 
dalam dua cara :

(a) Hati itu membayangkan semua kesempurnaan Allah, dan ini terzahir secara 
berasingan dalam Alam Besar (Insan Kabir) tetapi terzahir secara kolektif 
(jumlah atau terkumpul) dalam Alam Kecil atau Insan Kamil.

(b) Ia juga mengandungi Allah dalam pengertian bahawa hati itu mengandungi 
aspek Ketuhanan (aspek kebatinan atau keruhanian) Insan itu.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Qur'an Inspired Me - Tony Blair

2000-06-20 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Qur'an Inspired Me - Tony Blair

Christina Elizabeth Jones

Blair says Islam is a 'Deeply Reflective, Peaceful Faith' London: Prime 
Minister Tony Blair has praised the Muslim faith as
"beautiful", and says he has read the religious holy book, the Qur'an. Mr 
Blair says he owns two copies of the Qur'an, and has drawn inspiration from 
reading it. "I carry a copy of this book with me whenever I can, to give me 
inspiration and courage.

This habit is something that I picked up from Chelsea, President Clinton's 
daughter. "If you read the Koran, it is so clear... the concept of love and 
fellowship as the guiding spirits of humanity," he says, in an interview due 
to be published in the MUSLIM NEWS. Mr Blair told the newspaper that he 
appreciates Islam as "a deeply reflective, peaceful, very beautiful 
religious faith". And he said he would be "very surprised" if Labour did not 
have Muslim candidates standing in winnable seats in the next election.

The newspaper published on 31 March quotes Mr Blair as saying that Britain 
should "reach out and build a greater understanding of what Islam is". Full 
text of the interview can be found at 'The Muslim News'

web- site http://www.muslimnews.co.uk/131/131-1-1.html.

http://www.islamicvoice.com/may.2000/news.htm#jew

Best regards - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Jihad in Chehnya

2000-06-13 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

Kepada peminat-peminat dan reformis JIHAD, sila lawat ke laman homepage : 
http://www.qoqaz.com.my

Laman ini adalah Laman Web Rasmi Terjemahan Melayu Qoqaz di Bawah Naungan 
Azzam Publications Bersama Kumpulan Qoqaz...

Disiarkan dalam Malay Versi... cukup padat dengan laporan-laporan terkini, 
berita, gambar dan video.

Ada menafaat dan pengiktibaran yang boleh diperolehi!

Selamat berlayar...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Ruhul Jihad

2000-06-12 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
reka tidak pernah berganjak dari landasan perjuangan (jihad) yang 
diinspirasikan dari sirah perjuangan Rasulullah SAW dan para Sahabat!

Tidak payah menunggu arahan daripada sesiapa, jika perlu bertindak merekalah 
orang yang pertama-tama sekali terkehadapan di dalam menyahut seruan jihad 
tersebut.

Puak-puak yang "Banyak Cakap" hanya menanti dengan penuh gemuruh ketakutan!

Wallahu ta'ala a'lam…….

Wassalamu…….

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

RE: Re: H-Net* Selayang Pandang (Ulasan) - B

2000-06-11 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

Izinkan saya mencelah...

From: "putera sufi" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: Re: H-Net* Selayang Pandang (Ulasan) - B
Date: Fri, 09 Jun 2000 12:05:49 +08:00

Apabila org2 sufi sibuk dgn sufinya sahaja, lupa pada masyarakat, lupa pada 
perjuangan jihad.

Ini tidak benar! Apabila kenyataan ini dikeluarkan, saudara mesti berfikir 
dua-tiga kali dan seterusnya berfikir

Sufi yang mana lupa masyarakat? Sufi yang mana lupa pada perjuangan jihad??

Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan (ilmu dan amalan), takkan kita nak 
hebohkan ke public!

Apabila kita keluar JIHAD, takkan kita nak hebohkan ke MEDIA, supaya semua 
orang tahu yang kita ini AHLI atau KAKI JIHAD!

Cara ini tidak betul!

Setiap individu yang GENTLEMAN, dia sentiasa berada di dalam keadaan siap 
sedia 24 HOURS. Dan tidak perlu diberitahu apa yang patut dibuat.

Terdetik sahaja seruan, kerja-kerja akan dilaksanakan dengan beres. Tidak 
perlu publicity...

Kalau kita memahami ..bahawa para2 sahabat hidup dizaman yg mana zaman 
kehidupan mereka
penuh dgn jihad, mereka memahami Islam dlm suasana adanya peperangan, 
adanya qital, adanya yg mati
syahid, perang badar, uhud, dll perang, disamping perang dan jihad..., 
ayat2 Al-quran diturunkan.

Jikalau saudara dapat memahami dengan sebenarnya SIRAH SAHABAT, maka saudara 
tidak akan keliru dengan ahli Sufi. Saudara tidak akan keliru dengan vision 
ahli Sufi.

Seperti yang sudah saya perjelaskan, siapa yang sebenarnya tentera elite 
yang berada dihadapan sekali semasa perang Badar, Uhud dan lain-lainya? 
Tidak lain dari kalangan ahli-ahli Sufi!

Ini adalah golongan
yg berjuang dan memahami islam, Itu sebab kalau kita lihat dlm gerakan 
islam yg berasaskan sufi dan berjihad
menentang/mengangkat senjata spt gerakan tariqat assanusiyyah, mereka 
mengambil wirid dan baiat tariqat sebagai
kekuatan rohanniah mereka, dan mereka terjun ke dalam gelanggang jihad dan 
mati kerananya.
Pada golongan sufi.. saya mencadangkan mari ler kita terjun ke dalam 
masyarakat dan menjadi tariqat sufi sebagai asas kekuatan
kita dlm menghadapi musuh2 Islam.

Terima kasih! Dah lama dah... ahli-ahli Sufi melibatkan diri di dalam 
memberi kekuatan dalam menghadapi musuh-nusuh Islam!

Memang perjalanan ajaran sufi ini akan terus terpinggir sekiranya pengamal 
sufi melupakan masyarakat dan mereka hanya nampak
sufi ini hanya sibuk dgn diri mereka tanpa mengabungkan diri dlm 
masyarakat.

Saya tidak terfikir sampai begitu sekali ajaran Sufi akan terus terpinggir!

Yang terpinggir dan dipinggirkan adalah nafsu dan akal kita!

Dengan sebab itu dunia menjadi kucar-kacir, tidak tahu dan mahu membezakan! 
Kita lebih peka kepada perselisihan, tetapi tidak sedia untuk bekerjasama.

mungkin saya salah...

Mungkin tidak... maybe saudara keliru!

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* www.it-is-truth.org.

2000-06-08 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang disayangi...

Sebuah Home Page yang baik untuk anda terokai...

Selamat berlayar

   http://www.it-is-truth.org/index.htm

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Selayang Pandang

2000-06-07 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
 ustaz-ustaz dan sebagainya yang menjadi "guru" (sumber 
rujukan) tuan-tuan belajar. Tetapi bila saya minta disebutkan nama 
orang-orang tersebut untuk tujuan saya mengenali mereka…tuan-tuan "membisu". 
Jadi, tidak adillah kalau begini! Mengaitkan "guru" tuan-tuan dengan fahaman 
yang saya bawa. Sedangkan saya tidak tahu silibus apa yang "guru" tuan-tuan 
ajarkan! Tuan-tuan lebih gemar mengaitkan nama-nama orang-orang yang tiada 
kena mengena di dalam muzakarah kita, ini akan membuka pekung tuan-tuan 
juga.

Saya cukup faham dengan kerenah "anak murid" yang nakal, gurunya tidak ada 
apa-apa tetapi dia yang lebih-lebih. Ini sudah jelas berlaku kini. Tuan-tuan 
menjual nama guru, ustaz dan sebagainya, bagi "membuktikan" hujjah tuan-tuan 
benar.

Tuan-tuan DUPLICATE hujjah-hujjah, sedangkan diri tuan-tuan tidak tahu satu 
habuk pun!

Ini tidak betul! Ini samalah juga dengan membaling batu sembunyi 
tangan….tuan-tuan tidak gentlemen dan tidak professional sebagai manusia 
yang berilmu.

Saya tertarik dengan pertanyaan seorang netters berkenaan siapa dia sebenar 
musuh kita???

Mengapa tidak dijelaskan sahaja siapa musuh kita ke public, supaya semua 
orang tahu!

Ingin saya memberi jawapannya, musuh kita yang sebenar ialah NAFSU! Inilah 
dia musuh yang paling utama untuk kita pinggirkan jauh-jauh.

Ingin saya berikan satu kiasan (ibarat) :

Kalau manusia itu dapat menguasai NAFSU yang membelenggu (hijab) hati, 
martabat manusia tersebut adalah sama tarafnya dengan Malaikat.

TETAPI…. Jikalau NAFSU yang menguasai (membelenggu) hati manusia tersebut, 
maka martabatnya adalah lebih hina dari BINATANG (anjing, babi etc. what 
ever)!

Diharap kiasan saya ini tidak dieksploitasi dan menjadi kontroversi pula! 
Hanya bagi mereka yang mahu berfikir sahaja yang dapat membuat pertimbagan 
yang matang dan waras!

Re: H-Net* Selayang Pandang (Ulasan)

2000-06-07 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
ke sufi 
melenting lagilah kuat. Saya ni barangkali dok tangga ammarah lagi ... 
mudahan -mudahan selepas ini Tuhan akan mengampuni dosa kita semua dan 
meningkat prestasi kita. Tu tak tanya lagi syirik yang terbesar seperti 
yang diisyaratkan dalam kitab Hikam Ibn Ata'illah !!!.

NAFSU! Itu yang sering saya tekankan jihad yang paling besar dan afdhal!

Bagaimana nak tahu (kenal) diri kita syirik atau tidak, jika nafsu sebenar 
yang menyelubungi diri kita selama ini tidak DIKUASAI???

Ibarat kalau nafsu menguasai diri, istilahnya samalah juga kita 
ber-TUHAN-kan diri sendiri. Inilah syirik yang paling besar! Tapi kita tak 
nampak... tak perasan

Yang kita nampak JIHAD... sikit-sikit sebut jihad... sikit-sikit sebut 
jihad... Inilah fahaman yang salah tafsirannya.

Bila kita kata jihad yang paling besar adalah melawan hawa nafsu, ada pula 
mamat-mamat yang melenting kononya kata tidak qital. Ini tidak benar... 
Jangan sempitkan ilmu tafsiran!

Bukan bermakna saya menolak jihad, tetapi perbaiki dahulu 
kelemahan-kelemahan yang ada di dalam diri. Buat analisa terlebih dahulu, 
mantapkan ilmu rohani dan jasmani.

Berbalik kepada faktor sejarah Islam, cuba kita selidiki semula siapakah 
yang berada di hadapan sekali di dalam setiap misi perperangan yang dipimpin 
oleh RASULULLAH SAW??? Siapa golongan elit tersebut???

Kalau nak diterangkan bab syirik saja, tidak mencukupi ruang untuk 
dibahaskan. Ini persoalan akidah, yang perlukan perincian yang teliti dan 
detail!

AKHIR KATA SAYA MOHON MAAF BANYAK-BANYAK DARI KHUSUSNYA S.ABD.JAMIL DAN 
SEMUA NETTERS YANG MANA KATA-KATA SAYA (TULISAN SAYA) MUNGKIN TIDAK BENAR 
ATAU KASAR ATAU APA-APALAH...YANG MELUKAI HATI RAKAN SEMUA, SAYA RASA DAH 
SAMPAI MASANYA SAYA UNDUR DIRI DARI HIZBI INI , SEMOGA HIZBI AKAN LEBIH 
CERIA SELEPAS INI  KEPADA YANG BARU BANGUN DARI TIDUR TU BELAJAR LAH 
UGAMA KITA SEBELUM KE KUBOR (DENGAN BERGURU -JANGAN MELALUI INTERNET SAJA 
-NANTI PENING!) SAYA NAK KEMBALI KE KUBOR SAYA (BUKAN MATI NI)- MINTAK 
PANJANG UMOR .. BANYAK BENDE TAK SELESAI LAGI NI.

WALLAHUA'LAM.

yang jahil
Tua dah nak Mati.

Ada baiknya kita ingat mengingati antara satu dengan lain. Sudah dijanjikan 
Allah, bahawa MATI ITU ADALAH BENAR! Semua di antara kita akan merasai mati. 
Tetapi adakah kita sudah bersedia ke arah itu (mati)???

Bila kita di kubur, kita akan keseorangan. Hangpa jawablah sendiri!

Guru hangpa ka, ustaz hangpa ka, cikgu hangpa ka, kitab hangpa ka, itu semua 
kita tak bawa masuk dalam kubur.

Yang kita ada hanyalah ILMU yang menafaat! Itulah bekalan kita sebagai modal 
pada session soal-jawab di dalam kubur nanti!

Amacam??? Agak-agak boleh ka???

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Selayang Pandang

2000-06-06 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
 ustaz-ustaz dan sebagainya yang menjadi "guru" (sumber 
rujukan) tuan-tuan belajar. Tetapi bila saya minta disebutkan nama 
orang-orang tersebut untuk tujuan saya mengenali mereka…tuan-tuan "membisu". 
Jadi, tidak adillah kalau begini! Mengaitkan "guru" tuan-tuan dengan fahaman 
yang saya bawa. Sedangkan saya tidak tahu silibus apa yang "guru" tuan-tuan 
ajarkan! Tuan-tuan lebih gemar mengaitkan nama-nama orang-orang yang tiada 
kena mengena di dalam muzakarah kita, ini akan membuka pekung tuan-tuan 
juga.

Saya cukup faham dengan kerenah "anak murid" yang nakal, gurunya tidak ada 
apa-apa tetapi dia yang lebih-lebih. Ini sudah jelas berlaku kini. Tuan-tuan 
menjual nama guru, ustaz dan sebagainya, bagi "membuktikan" hujjah tuan-tuan 
benar.

Tuan-tuan DUPLICATE hujjah-hujjah, sedangkan diri tuan-tuan tidak tahu satu 
habuk pun!

Ini tidak betul! Ini samalah juga dengan membaling batu sembunyi 
tangan….tuan-tuan tidak gentlemen dan tidak professional sebagai manusia 
yang berilmu.

Saya tertarik dengan pertanyaan seorang netters berkenaan siapa dia sebenar 
musuh kita???

Mengapa tidak dijelaskan sahaja siapa musuh kita ke public, supaya semua 
orang tahu!

Ingin saya memberi jawapannya, musuh kita yang sebenar ialah NAFSU! Inilah 
dia musuh yang paling utama untuk kita pinggirkan jauh-jauh.

Ingin saya berikan satu kiasan (ibarat) :

Kalau manusia itu dapat menguasai NAFSU yang membelenggu (hijab) hati, 
martabat manusia tersebut adalah sama tarafnya dengan Malaikat.

TETAPI…. Jikalau NAFSU yang menguasai (membelenggu) hati manusia tersebut, 
maka martabatnya adalah lebih hina dari BINATANG (anjing, babi etc. what 
ever)!

Diharap kiasan saya ini tidak dieksploitasi dan menjadi kontroversi pula! 
Hanya bagi mereka yang mahu berfikir sahaja yang dapat membuat pertimbagan 
yang matang dan waras!

Wallahu ta'ala a'lam…….

Wassalamu…….

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Epistemologi (Theori Ilmu)

2000-06-05 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

 EPISTEMOLOGI
   - (Theori Ilmu)-

Epistemologi ini ialah theori bagaimana kita memperolehi ilmu di dalam dan 
melalui pengalaman keruhaniannya dan apakah kandungan atau isi ilmu itu.

Seluruh struktur (binaan) alam sejagat ini adalah sesuatu yang rasional 
(berakal atau berilmu) dan hidup. Tetapi sebahagian dari struktur ini lebih 
menyedari kerasionalannya dari bahagian yang lain. Yang lain pula memiliki 
rasional itu tetapi kurang atau tidak sedar adanya kerasionalan itu.

Manusialah yang memiliki kerasionalan ini dalam peringkat yang paling tinggi 
terutama sekali Insan Kamil (manusia sempurna) dan manusia yang selain itu 
hanya memiliknya dari segi kemungkinan iaitu ada terpendam dalam jiwa mereka 
tetapi belum terzahir keluar lagi.

Jiwa manusia itu adalah satu maujud (sesuatu yang wujud) yang rasional 
(berakal). Tetapi theori ilmu kesufian ini berbeza dari theori ahli-ahli 
falsafah yang lain iaitu  kita tidak menyamakan jiwa rasional (atau hati) 
dengan intelek (akal) sebagaimana yang dilakukan oleh ahli-ahli falsafah.

Ada dua jenis ilmu iaitu :

(a) Al-Ma'rifah (pengetahuan yang diperolehi dari pengenalan).
(b) Al-'Ilm (ilmu yang diperolehi dengan daya fikir atau akal).

Ma'rifah khusus dengan roh tetapi ilmu ('ilm) bersangkutan dengan intelek 
atau daya fikir.

Bukan saja ilmu itu berbeza-beza jenisnya, tetapi saluran dari mana ilmu itu 
diperolehi juga berbeza-beza. Diberikan satu perjenisan (classification) 
tentang masalah atau persoalan (proposisi) yang berdasarkan pada prinsip 
ini. Semua ilmu biasanya diperolehi melalui 6 fakulti iaitu pancaindera 
(lima deria / five sense) dan akal (intelek), iaitu akal ini dikira juga 
sebagai satu fakulti (daya semulajadi manusia, seperti daya melihat, 
mendengar dan sebagainya). Fakulti ini berbeza-beza tetapi pada hakikatnya 
satu jua. Tetapi, ada pula orang yang tidak menurut kebiasaan ini iaitu 
mereka dapat ilmu melalui sesuatu deria (sense) daripada pancaindera itu; 
dan ada juga orang yang mendapat ilmu tanpa pancaindera atau tanpa fakulti 
langsung.

Adalah luar biasa jika orang itu mendapat ilmu dari "clairvoyance" 
(kebolehan atau kuasa untuk melihat apa yang sedang berlaku di tempat lain; 
akal yang luar biasa), "telepathi" (ilmu perhubungan ruhani dengan orang 
lain dari jauh), "hipnotisma" (perbuatan mendatangkan tidak sedar diri), dan 
paling tinggi ialah ilmu yang digelar "ilmu keruhanian" atau "kebatinan" dan 
ilmu yang diperolehi dari ilham (intuisi).

· Ilmu Keruhanian Atau Intuisi

Ilmu yang paling penting ialah ilmu keruhanian atau ilmu yang diperolehi 
melalui ilham. Dengan ilmu ini orang akan melihat Hakikat itu sendiri iaitu 
ilmu tentang realiti (hakikat) sesuatu itu. Akal saja tidak dapat mencapai 
hakikat. Tetapi dengan ilmu Keruhanian Hakikat itu dapat dikenali secara 
langsung. Ilmu yang hakiki terbit langsung daru Roh Semesta kepada roh-roh 
yang khusus, atau dari cahaya kepada cahaya. Roh Semesta ini ialah Roh 
Sejagat ataupun Roh Muhammad iaitu bayangan Allah. Roh-roh itu ialah roh-roh 
bagi manusia itu masing-masing atau bagi makhluk yang lain juga. Cahaya itu 
ialah Nur Allah dan cahaya-cahaya itu ialah roh atau jiwa yang diibaratkan 
sebagai cahaya.

Orang Sufi menggelar ilmu ini sebagai "rasa" (dhawq) iaitu satu istilah yang 
menunjukkan pengalaman langsung, atau pandangan batin. Kadang-kadang mereka 
menggelarnya Ilmu Laduni atau Ilmu Rahsia ('ilm al-Asrar) atau Ilmu Ghaib 
('ilmul-ghayb) atau ilmu orang-orang yang masig berada dalam dunia tetapi 
memiliki tabiat alam akhirat (al-nasy'ah al-ukhrawiyyah) seperti para Nabi 
dan para Wali Allah.

Berkenaan yang ghaib (al-ghayb) itu ada dua jenis. Ghaib Mutlak iaitu Zat 
Allah yang tidak mampu kita mengetahuinya; dan yang satu lagi ialah Ghaib 
Idafi atau relatif ghaib iaitu ilmu tentangnya mungkin bagi sebagian orang 
tetapi tidak mungkin bagi sebagian orang yang lain.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan

H-Net* Epistemologi (Theori Ilmu)- Final

2000-06-05 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
iyyah) semua fakulti manusia itu adalah satu dan oleh itu ilmunya juga 
mestilah satu. Nur Suci (juga Wujud Suci) adalah sumber semua ilmu. 
Pancaindera dan semua fakulti manusia adalah alat (media) di mana cahaya 
(Nur) ini menzahirkan dirinya. Hanya Nur itulah Prinsip yang memahami 
(mudrik) dalam semua maujud yang ada kesedaran. Hanya Nur inilah yang boleh 
dilihat dan membuatkan benda-benda lain dapat dilihat.

7. Ilmu ini tidak terperi, seperti deria (sense) pandangan dan perasaan, 
iaitu tidak dapat diketahui kecuali dengan pengalaman yang langsung. Anda 
tidak akan dapat menerangkan ilmu yang dibukakan oleh pengalaman itu, 
seperti menceritakan "merah" kepada si buta. Hanya si Sufi saja faham 
sepenuhnya ilmu ini. Cara menerangkan ilmu ini, sebagaimana yang selalu 
dilakukan oleh orang Sufi, ialah dengan cara kiasan dan ibarat yang 
samar-samar dan sukar difahami.

8. Melalui ilmu ini si Sufi mendapat ilmu tentang Hakikat Yang Sempurna. 
Akal saja hanya mengisbatkat (mengadakan) aspek tanzih (aspek tidak 
tersifatkan) Ketuhanan itu. Si Sufi mengisbatkan tanzih dan tasybih (aspek 
yang disifatkan) Ketuhanan itu. Si Sufi melihat melalui tajalli Ketuhanan 
bagaimana Yang Satu itu menyerap dalam Yang Banyak, dan mengetahui bagaimana 
Yang Satu itu berbeza dari Yang Banyak. Inilah doktrin yang dibawa oleh 
semua agama langit dan diakui benar oleh "awham" (khayalan atau imaginasi). 
Tanzih yang si Sufi isbatkan tentang Tuhan tidak serupa dengan tanzih yang 
dikatakan oleh Ahli-ahli Falsafah. Kemutlakan yang Esa itulah yang dibukakan 
kepada si Sufi dalam "pandangan"-nya. Ini bukan berdasarkan penarikan 
kesimpulan (inference) atau membuat kesimpulan melalui deduksi yang logika. 
Ianya seperti mengenal seseorang itu secara peribadi (personally) tetapi 
akal biasa saja adalah seperti mengenalnya melalui nama saja.

H-Net* Tanzih Dan Tasybih Bahg.3 FINAL!

2000-05-30 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

 Tuhan Yang Tercipta Dalam I'tiqad
 (Al-Haqq Al-Makhluq Fil I'tiqad)

Ini adalah Tuhan dalam pengertian kepercayaan. Tuhan seperti ini bersifat 
subjektif iaitu menurut pandangan dan konsep kita sendiri. Allah sebagai 
Tuhan dalam I'tiqad, adalah hanya konsep yang kita perolehi dari ilmu 
pengetahuan kita tentang diri kita. Sifat-sifat yang positif yang kita 
perihalkan kepada-Nya itu adalah berdasarkan sifat positif yang kita 
perihalkan kepada-Nya itu adalah berdasarkan sifat positif kita dan yang 
negetif itu dari sifat kita, maka dengan itu kita ciptakan Dia (ciptakan 
konsep Tuhan) itu. Dia memperihalkan diri-Nya kepada kita melalui kita. 
I'tiqad atau keyakinan kita itu sebenarnya adalah dari diri kita juga. Kalau 
konsep kita tentang Allah itu sempurna, maka sempurnalah Tuhan (Allah) dalam 
pengenalan (ma'rifat) kita itu. Fahamkanlah!

 Al A'yan Al-Thabita

Sebelum makhluk atau kejadian wujud dalam alam nyata ini, makhluk atau 
kejadian itu berada dalam keadaan terpendam dalam Zat Ketuhanan dan berupa 
idea-idea yang akan terjadi di masa hadapan dan ini adalah isi ILMU ALLAH 
dan ini juga disamakan dengan ilmu-Nya tentang diri-Nya. Pendeknya al a'yan 
al-thabita ini adalah model-model perkara yang akan dizahirkan yang berada 
dalam ilmu-Nya ataupun hakikat-hakikat sesuatu perkara yang terpendam dalam 
pengetahuan-Nya.

Allah menzahirkan diri-Nya kepada diri-Nya dalam keadaan kesedaran diri 
(self-consciousness). Ini digelar sebagai perbatasan atau pengkhususan 
pertama Wujud Mutlak itu (al-ta'yyun al-awwal). Dalam keadaan itu, Dia 
melihat dalam dalam diri-Nya dan untuk diri-Nya, a'yan yang tidak terbatas 
itu dibataskan sebagai "bentuk-bentuk" Zat-Nya sendiri, bentuk-bentuk yang 
membayangkan dalam setiap perincian bersamaan dengan idea-idea qadim Tuhan 
itu sendiri berkenaan a'yan itu. Bentuk-bentuk ini digelar a'yan al-thabita. 
Boleh kita katakan a'yan al-thabita itu sebagai keadaan-keadaan terpendam 
dalam Ilmu dan dalam Zat Allah itu tentang kejadian-Nya di masa hadapan, 
yang mana hanya boleh dinyatakan menurut Nama-nama Allah dan semua nisbah 
yang mengikat antara nama-nama itu.

A'yan ini ada dua aspek. Aspek pertama ialah sebagai idea-idea atau konsep 
dalam ilmu Allah. Aspek yang kedua sebagai ragam (mode) tertentu bagi 
Zat-Nya. Kadang-kadang istilah mahiyyah dan huwiyyah digunakan untuk a'yan 
al-thabita itu. Mahiyyah adalah aspek pertama iaitu sebagai idea atau 
konsep. Huwiyyah adalah aspek kedua iaitu sebagai ragam (mode) Zat itu.

Dari segi mental, kita boleh bezakan antara Zat dengan a'yan (seperti 
membezakan fikiran dengan keadaan-keadaan fikiran itu, dan menganggapnya 
sebagai berpisah). Tetapi pada segi hakikatnya a'yan al-thabita itu bersatu 
dengan Zat dan juga kesedaran (ilmu) Allah, sepertimana bersatunya 
keadaan-keadaan mental dengan mental itu sendiri.

Setiap ragam (mode) mestilah satu keadaan dalam zat dan keadaan dalam ilmu 
Allah. Kedua-dua itu bersatu dan berpadu dalam a'yan al-thabita.

A'yan al-thabita itu terletak antara Yang Satu (Wujud Mutlak) dengan Alam 
Maya ini. Digelar juga mafatih al-ghayb (Kunci Yang Ghaib) atau mafatih 
al-awal (Kunci Pertama) kerana, a'yan al-thabita itulah bab pembukaan kepada 
buku sejarah makhluk sekalian semesta raya ini.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

30 Mei, 2000 / 26 Safar 1421

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Tanzih Dan Tasybih

2000-05-29 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

Diharap saudara/i dapat mengahayatinya dengan sepenuh kefahaman!

   TANZIH DAN TASYBIH

Tanzih membawa pengertian bahawa Wujud Mutlak (iaitu Allah) itu tidak boleh 
dibandingkan atau disifatkan dengan makhluk. Wujud Mutlak itu tidak boleh 
disifat atau dikatakan bersifat seperti makhluk; misalnya tidak boleh 
dikatakan Allah itu bertangan, mendengar, berkata-kata dan sebagainya. Allah 
itu melampaui segala ibarat dan sifat. Ia Maha Tinggi dan tidak tercapai 
oleh fikiran kita untuk mengetahui-Nya. Inilah pandangan orang munazzih 
(iaitu orang yang memegang fahaman "Tanzih").

Tasybih membawa pengertian yang berlawanan dengan pengertian Tanzih; iaitu 
Wujud Mutlak itu disifatkan seperti sifat manusia atau makhluk. Dikatakan Ia 
bertangan, berkaki, mendengar, melihat, berkata-kata dan sebagainya. Orang 
yang percaya Allah itu bersifat demikian dikatakan musyabbih (iaitu orang 
yang memegang fahaman "Tasybih") atau mujassim (orang yang menganggap Wujud 
Mutlak itu mempunyai sifat-sifat seolah-olah Ia berjisim atau berbadan).

Dalam theori Sufi, Tanzih saja atau Tasybih saja tidak boleh dipakai. Untuk 
menunjukkan kesempurnaan-Nya kedua-dua aspek itu hendaklah dipakai bagi 
Wujud Mutlak (Allah) tersebut, tetapi berbeza dengan pendapat Munazzih dan 
Musyabbih.

Yang dikatakan Wujud Mutlak atau Wujud Hakiki atau Allah itu mendengar, 
melihat, bertangan, dan lain-lain seperti yang disangka oleh Musyabbih dan 
Mujassim adalah bererti sifat Wujud Mutlak itu terpendam dan berada dalam 
semua yang mendengar, melihat, bertangan. Ia melihat dan mendengar dalam 
setiap sesuatu yang melihat dan mendengar. Inilah yang dikatakan aspek atau 
sifat Tasybih bagi Wujud Mutlak itu.

Sebaliknya Zat-Nya tidak terhad kepada satu makhluk atau sekumpulan makhluk 
yang mendengar dan melihat, tetapi terzahir dalam semua dan segala makhluk. 
Dalam pengertian ini Allah itu bersifat Tanzih kerana Ia melampaui semua 
batas (had) dan pengindividuan (pecah-pecahan). Sebagai zat atau Wujud yang 
menyeluruh atau sejagat, Dialah Zat bagi segala aspek maujud semesta raya 
ini.

Jika Al-Qur'an menyatakan Allah itu berkaki dan bertangan maka itu bukan 
bererti Allah itu ada kaki dan ada tangan (seperti dikatakan oleh 
orang-orang Musyabbih dan Mujassim) tetapi bermaksud bahawa Dia, pada segi 
hakikat atau wujud, adalah tangan dan kaki bagi semua yang bertangan dan 
berkaki. Penzahiran-Nya dalam bentuk terhad itu sebagai kaki, tangan, dan 
lain-lain merupakan aspek Tasybih-Nya, tetapi wujud-Nya dalam Diri-Nya 
melampaui had dan batas merupakan aspek Tanzih-Nya.

Oleh yang demikian Wujud Mutlak atau Allah itu mempunyai 2 (dua) wajah atau 
aspek iaitu Tanzih dan Tasybih.

Wallahu ta'ala a'lam…….

TO BE CONTINUED

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Tanzih Dan Tasybih Bahg. 2

2000-05-29 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

  - Wujud Mutlak Dan Perhubungannya Dengan Pengetahuan Kita -

Wujud Mutlak itu adalah satu dan tidak boleh dibahagi-bahagikan atau 
dipecah-pecahkan. Wujud Mutlak ini dianggap dari tiga sudut pandangan 
dikaitkan dengan ilmu atau pengetahuan kita :

1. Wujud yang kita tahu, iaitu wujud yang terzahir dalam alam nyata ini. Ini 
tertakluk kepada perbatasan pancaindera dan akal kita. Kita nampak wujud ini 
mempunyai banyak maujud dan kita adakan nisbah seperti jenis, sebab, dan 
sebagainya. Ini digelar alam nyata, atau alam dunia, atau "penzahiran", 
makhluk, dan sebagainya. Meskipun nampaknya banyak, namun pada segi wujudnya 
atau hakikatnya satu jua.

2. Wujud yang kita tidak secara langsung ketahui atau nampak kecuali dengan 
cara intuisi mistik (pandangan keruhanian), tetapi wujudnya kita anggap 
secara logika menurut akal kita.

Berkenaan perkara ini kita beri sifat kepada wajibul-wujud, dalam istilah 
agama disebut Allah, iaitu Tuhan yang terbit dari kepercayaan kita (al-haqq 
al-makhluq fil-I'tiqad). Ini hanya konsep kita sendiri tentang Tuhan. 
Masing-masing orang dan umat ada konsep mereka sendiri. Tetapi sebarang 
konsep yang mengurang atau mencacatkan kemutlakan dan kesemestaan Tuhan 
(Allah) itu atau membuatkan keesaan-Nya tidak sempurna dengan membenarkan 
kewujudan sebarang Tuhan yang lain, bahkan alam ini, adalah Syirik. Konsep 
"Allah" yang sempurna ialah konsep yang mengandungi dua sifat atau aspek 
Allah itu, iaitu Tanzih dan Tasybih, iaitu Allah sebagai Maujud dalam Alam 
Raya dan juga melampaui Alam Raya ini.

Kita sendiri, termasuk juga alam ini, adalah Sifat yang dengan Sifat itu 
kita perihalkan Allah itu. Setiap Nama dan Sifat Allah itu ada pasangannya 
yang berupa penzahirannya dalam alam nyata ini. Tiap-tiap sesuatu dalam alam 
nyata ini membayangkan atau menzahirkan Nama dan Sifat Allah itu. Alam ini 
memiliki ciri-ciri yang unik (tersendiri) yang menjelaskan sifat Tasybih 
Wujud Mutlak tersebut dan melalui ciri-ciri ini kita berikan sifat kepada 
Wujud itu yang menjelaskan sifat Tanzih-Nya. Tetapi sebaliknya jika kita 
anggap Wujud Mutlak itu sebagai Zat Segala dan Semua, maka semua sifat 
Tanzih dan Tasybih boleh disifatkan kepada Wujud Mutlak itu. Bahkan nama dan 
sifat alam nyata ini pada segi Wujudnya (Hakikatnya) adalah nama dan sifat 
bagi Wujud atau zat Yang Maha Esa.

3. Wujud yang kita tidak tahu atau nampak secara langsung tetapi menurut 
logika akal kita, kita anggap adanya seperti kita anggap adanya jauhar (zat) 
apabila kita nampak atau tahu 'aradh atau kesan-kesannya.

Termasuk dalam kategori ini ialah Zat Ketuhanan yang kita tidak dapat 
sifatkan melainkan kita katakan Ianya ada. Ia ada. Itu saja yang kita 
ketahui. Ianya tidak dapat diketahui lebih lanjut dari itu. Tidak dapat 
dikatakan "apa", "bagaimana", macam mana". Ia tidak ada bandingan, tidak ada 
serupa atau berlawanan, tidak ada bilangan dan sifat, bahkan Ia itulah 
sumber atau asal semua yang tersebut itu. Zat semata-mata itu digelar Cahaya 
semata-mata atau Kebaikan semata-mata atau Kegelapan (al'ama).

Ini adalah peringkat Ahadiyyah. Di sini tidak ada berbilang-bilang. 
Semata-mata Esa. Adalah dinasihatkan supaya jangan memikirkan Ahadiyyah ini 
kerana hijab yang menutup Ahadiyyah itu tidak akan terbuka. Kita hanya dapat 
mencapai peringkat di bawah Ahadiyyah itu iaitu peringkat Wahidiyyah iaitu 
kesatuan nama-nama Allah (iaitu Wujud yang diterangkan dalam no. (2) di atas 
tadi.).

Kata Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi :

"Tidak ada sesiapa pun yang mengetahui Allah pada hakikat-Nya (iaitu Zat-Nya 
semata-mata) kecuali Allah itu sendiri. Bahkan orang yang paling tinggi 
sekali peringkat keruhaniannya pun tidak dapat mengenal zat Semata itu 
kerana orang itu sendiri termasuk dalam golongan yang "banyak" (makhluk)".

Kata-kata tersebut di atas, bersesuaian pula dengan sabda Rasulullah SAW, 
yang bermaksud :

"Maha Suci Engkau Ya Allah! Tiada kami mengenal akan Dikau dengan 
sebenar-benarnya melainkan dengan Ma'rifat Engkau."

Wallahu ta'ala a'lam…….

TO BE CONTINUED

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pen

RE: H-Net* Tafsiran Ayat Kontroversi

2000-05-24 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

Izinkan saya menjawab pertanyaan di bawah ini :

From: "tua dah kubur" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
CC: [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Tafsiran Ayat Kontroversi
Date: Sat, 20 May 2000 02:08:45 MYT

A'kum 
kpd S. Jamil - apa yang kamu/kita dapat ???!!.Ayat jelas pun tak sempat nak 
diamalkan ...!!.

Apa yang saya dapat??? Di dalam menyampaikan Risalah Allah dan Rasulullah 
SAW, saya tiada kuasa suatu apa pun untuk menuntut nikmat dan pahala 
daripada Allah Ta'ala. Apatah lagi daripada melakukan dosa dari menyesatkan 
ummah! Ini bukan kerja saya

Apa yang saya sampaikan adalah mengikut kemampuan yang digerakkan oleh Allah 
Ta'ala untuk diri saya sendiri dan untuk diri-diri mereka yang mahu 
berfikir!

Adalah tidak adil untuk saya ceritakan apa yang saya dapat di public! Ini 
akan menimbulkan riak! Na'uzubillah

Apabila saudara teliti dengan cermat dengan setiap penulisan yang saya 
sampaikan, saya pasti persoalan ini sudah sedia terjawab dengan sendirinya 
apa yang saya dapat.

Saya tidak DIBAYAR untuk menulis! Tetapi saya tetap mahu berterima kasih 
kepada Allah Ta'ala yang sentiasa memberikan saya ilham-ilham untuk berbuat 
demikian.

Saya juga tidak menuntut sebarang imbalan daripada saudara dan sesiapa 
sahaja untuk menerima dan membenarkan setiap message yang disampaikan.

Apa yang kita dapat???

Tepuk dada (hati)...tanya Tuhan apa yang kita dapat selama pengabdian kita 
terhadapnya! Apa isi persembahan kita terhadap-Nyaini yang perlu kita 
tanya (menuding jari) pada diri sendiri.

Ayat jelas pun tak sempat nak diamalkan ...!!.???

Inipun bukan kerja saya untuk PERJELASKAN kepada saudara dan rakan netters 
yang lain.

Yang tidak jelas adalah disebabkan kita tidak belajar dan berguru! Itu yang 
menyebabkan terjadinya hijab antara kita dengan Allah SWT.

Lebih memburukkan lagi keadaan, kita menabur fitnah dan sumpah-seranah 
terhadap perkara-perkara yang kita sendiri tidak tahu hujung-pangkalnya akan 
kesahihan perkara tersebut. Kita enggan menerima hakikat yang mengatakan 
bahawa diri kita ini sebenarnya JAHIL terhadap PENCIPTA...tetapi itulah yang 
terus-terusan berlaku.

Selagi PARADIGM kita tidak diubah, selagi itulah kita dengan diri kita 
sendiri...not interesting to submit the truth!

Yang menjadikan tidak sempat adalah disebabkan kelalaian dan hanya suka 
melihat kesalahan orang lain. Padahal nafsu yang menyelubungi sanubari tidak 
dibersihkan.

Inilah manusia yang tidak pernah mahu tahu bersyukur. Masih lagi tidak puas 
hati dengan apa yang diberi dan dipertontonkan.

Setiap perbuatan yang ditajallikan Allah Ta'ala kepada hambanya, mesti 
mempunyai message untuk dihayati.

Ibarat kalau CAKAP, MESTI SERUPA BIKIN punya!

Wallahu Ta'ala A'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

kpd S. I Muhajir - kamu akan dipertanggungjawabkan atas pertuduhan kamu . 
Kamu ni macam pandai sangat tentang sesat dan menyesatkan  orang macam 
kamu patut dah tak ada kat kampung (m'sia)... patut sedang berjuang/ 
berjihad di medan peperangan  semua beres .. ilmu, 
akidah,semangat,akhlak  bagi kamu semua nya dah ikut AL QUR'AN dan 
Hadis ... sebut jihad bergegar hizbi ... nak jugak dengar sahabat yang 
sebuk perihal kesesatan tasauf ini sedang berperang ke! ... atau gambar 
tembak menembak dengan puak kapiak di negara jiran bunyi macam perli je 
...

ini yang tak sedapnya kita sebuk orang sesat ... orang tak betui ... orang 
jahil ... orang tak pandai  orang ikut nafsu  main orang semuanya 
... tak ada langsung kita. Jangan gitu kita sama-sama bina kekuatan  
bermula dengan kekuatan  diri  ruhani dan jasmani..
Dan benda yang menambahretak kita cuba elakkan .

Nanti luka lama berdarah kembali ... ingat isu kafir-mengkafir satu ketika 
dulu, sekarang siapa yang tersalah terpa ... hukum tak berubah, 
perlaksanaan kita je yang tak bijaksana 

Pakai alat yang bagus masih tidak menjaminkan hasil baik !! ... kita kena 
mahir  atau kita ikut orang yang mahir menggunakan alat ... walau pun 
gitu .. hasil kena ada mutu .. kalau sebuk dengan alat yang baik tapi 
kualiti takde  takut kita tertipu je  yahudi pun pandai selok belok 
ilmu agama kita (ISLAM) ... jadi semua pihak perlu berhati-hati.

WALLAHUa'lam.

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.h

H-Net* Ketentuan Dan Kebebasan

2000-05-22 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

Tulisan ini adalah sambungan kepada persoalan Qadho' dan Qadar, semoga 
memperoleh kefahaman daripada perician ini.

AJL-ALQ

   KETENTUAN DAN KEBEBASAN

Manusia bertanggungjawab terhadap lakuannya sendiri dan pembuat takdirnya 
sendiri, bukan bererti dia bebas iaitu membuat tindakannya sendiri bebas 
dari sebarang faktor penentu dari dalam atau luar selain dari dirinya 
sendiri. Manusia itu bertanggungjawab dengan pengertian bahawa lakuannya 
keluar secara langsung darinya dan ditentukan oleh tabi'inya sendiri dan 
hukum-hukum yang menguasainya. Hukum-hukum itu tetap tidak berubah, bahkan 
Allah sendiri tidak akan mengubahnya. Setiap sesuatu itu telah ditentukan 
dari azali lagi. Apa yang terpendam (thubut) dalam ilmu Allah itulah pula 
yang akan lahir (zuhur); inilah rahsia takdir.

Saya tidak bersetuju dengan pendapat Al-Jabariyyah yang percaya bahawa 
tindakan manusia itu ditentukan oleh sesuatu agen atau perkara yang di luar, 
yang mereka katakan Allah (sesuatu yang lain dari diri manusia itu sendiri). 
aya juga tidak bersetuju dengan pendapat kaum Asy'ari yang berpendapat 
bahawa Allah mencipta manusia dan semua lakuannya.

Menafikan jabr dalam pengertian paksaan yang dikenakan ke atas seseorang itu 
dari luar. Di samping itu aku juga tidak percaya dengan kebebasan pilihan. 
Manusia, pada pandanganku, tidak ada pilihan. Hanya ada satu saja pilihan 
bagi manusia dan pilihan ini ditentukan oleh hukum-hukum mereka sendiri. 
Manusia itu dijadikan kerkeadaan yang mana manusia itu akan membuat apa yang 
telah ditentukan oleh Allah. Manusia memilih dari banyak pilihan yang 
mungkin iaitu satu yang membawa tindakan yang Allah telah tentukan itu.

Manusia itu sendiri yang membuat baik atau jahat. Oleh itu, biarlah manusia 
itu memuji dirinya sendiri atau mengeji dirinya sendiri, bukan orang lain. 
Peranan Allah dalam perkara ini ialah memerintahkan sesuatu tindakan itu 
terjadi. Inilah Iradah-Nya tetapi Iradah-Nya ditentukan oleh Ilmu-Nya dan 
Ilmu-Nya itu ditentukan oleh hukum-hukum yang telah ditetapkan bagi sesuatu 
atau seseorang itu.

Allah itulah pelaku segala lakuan, tetapi kadang-kadang hamba itulah pelaku 
lakuan itu. Di sini nampak perbezaan. Perbezaan antara Yang satu dengan Yang 
Banyak. Apabila aku mengatakan bahawa Allah itu pelaku semua lakuan, yang 
aku maksudkan Wujud Yang Esa itu adalah zat manusia yang kepadanya lakuan 
itu dikaitkan; dan apabila aku berkata pula bahawa manusia itu pembuat 
nasibnya sendiri dan pelaku lakuannya sendiri, saya menganggap perkara itu 
dari segi Yang Banyak (iaitu makhluk).

"Lakuan itu bukan kepunyaan 'ayn tetapi kepunyaan Tuhannya."

"Allah telah mewahyukan kepada mereka bahawa Dia tidak membuat apa yang 
mereka anggap Dia yang membuat, semua perbuatan mereka terbit dari mereka 
sendiri."

Kalau kita kata kita bertanggungjawab, itu benar. Kalau kita kata Allah 
bertanggungjawab, itu pun benar. Tetapi kita mestilah selalu ingat dari 
sudut mana memandang. Walau dari mana pun memandang, perkaitannya adalah 
pada wujud Yang Esa itu jua.

Tuhan bukan berkehendak (iradah) dalam pengertian bahawa Dia memilih; tetapi 
dalam pengertian bahawa Dia memerintahkan apa yang Dia tahu akan terjadi. 
Sama ada lakuan atau sesuatu itu patut terjadi atau tidak (yang Allah telah 
perintahkan) bergantung kepada undang-undang atau hukum-hukum perkara atau 
sesuatu itu sendiri.

Sesuatu perkara atau tindakan "yang mungkin", boleh jadi satu atau lain dari 
banyak perkara atau tindakan yang alternatif. Tetapi sebenarnya hanya ada 
satu; iaitu yang satu Allah tahu akan terjadi. Tidak bermakna apa-apa jika 
dikatakan, "Jika Allah kehendaki, semua kita boleh dipimpin-Nya ke jalan 
yang lurus." Tidak mungkin bagi Allah mengkehendaki apa yang tidak ada 
"dalam" keadaan (isti'dad) sesuatu itu. Hukum-hukum "dalam" manusia itu 
adalah faktor penentu dalam semua lakuan manusia itu, baik atau buruk.

Wallahu ta'ala a'lam…….

Wassalamu…….

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net

H-Net* Akibat Perselisihan Fahaman

2000-05-22 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 Perselisihan.doc

Re: H-Net* Qada dan Qadar

2000-05-16 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
u buruk yang relatif dalam setiap hal itu. Pertama, ubat itu tiadak 
memiliki kualiti atau sifat positif yang tertentu kerana tidak adanya 
sesuatu kualiti yang tidak menarik rasa si pesakit tadi yang menganggap ubat 
itu tidak baik. Kedua, ubat itu dianggap tidak baik (buruk atau jahat) 
secara relatif (dinisbahkan) dengan ilmu atau pengetahuan si pesakit yang 
jahil tentang kebaikan yang ada di dalam ubat tersebut.

Pada uabat itu sendiri, tidak boleh ianya dikatakan baik atau tidak baik. 
Pada hakikatnya ubat itu tidak boleh dikatakan baik atau jahat kerana baik 
atau jahat itu adalah relatif atau nisbah saja. Demikian jugalah dikatakan 
kepada segala yang baik dan jahat atau buruk.

Akhirnya baik dan jahat itu datangnya dari Allah. Semua perkara itu adalah 
manifestasi Allah dan semua perbuatan atau lakuan adalah perbuatan atau 
lakuan-Nya. Hanya kita yang mengatakan sesuatu itu baik atau jahat. Rahmat 
Tuhan dizahirkan dalam semua perkara dan perbuatan, kerana melalui 
Rahmat-Nya segala sesuatu itu terzahir. Sesuatu itu dizahirkan dengan 
pelbagai peringkat kesempurnaan (kesempurnaan = wujud) dan ini menimbulkan 
pertimbangan kita terhadapnya dari segi akhlak dan sebagainya. Adalah dengan 
kehendak Allah juga kita patut ada idea-idea tentang kesempurnaan dan tidak 
kesempurnaan tersusun atau lintang-pukang, baik dan jahat, taat dan engkar, 
sesuai dan tidak sesuai, pahala dan dosa, dan sebagainya, agar kita dapat 
tahu keadaan Allah dan diri kita sendiri sepenuhnya. Itulah sebabnya Nama 
Allah seperti Al-Hadi (Yang Memimpin), Al-Mudill (Yang Menyesatkan), 
Al-Ghaffar (Yang Pengampun), Al-Ma'adhdhib (Yang Mengazab) dan sebagainya. 
Di samping itu adalah perlu bagi manusia memiliki idea baik dan buruk dan 
piawai (standard) untuk mempertimbangkan sesuatu perbuatan atau tindakan 
itu. Sesuatu masyarakat yang tidak ada ukuran atau piawai itu mungkin tidak 
boleh hidup atau maju.

Wallahu ta'ala a'lam…….

Wassalamu…….

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

16 Mei, 2000 / 12 Safar 1421

From: "Abu Az-Zuhri" [EMAIL PROTECTED]

-Original Message-
From: Mohd Nasir Che Mood P [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED]
Date: Tuesday, May 16, 2000 1:49 PM
Subject: H-Net* Qada dan Qadar

 Assalamualaikum.
 
 Allah subhanahuwataala adalah memang Maha Mengetahui yang lepas dan yang
 akan datang. Dia mengetahui dari sebelumlagi akan nasib seseorang. Itulah
 Qada dab QadarNya. Dia mengetahui apa akan terjadi kepada hambaNya
contohnya
 samada seseorang itu akan masuk syurga atau neraka. Bolehkah ini kita
 ibaratkan Allah telah menentukan nasib seseorang? Kalau dia telah
menentukan
 seseorang itu ahli neraka, di manakan keadilanNya. Tentulah Allah itu 
zalim
 yang mana itu mustahil kerana Allah adalah Hakim Yang Maha Adil. Inilah
 persoalan yang ingin saya ketengahkan. Adakah ini ber"conflict" dengan 
Qada
 dan Qadar?
 
 Wallahualam.
 
 Mohd Nasir Che Mood
 _

Manusia hidup dalam dua lingkaran. Yang pertama adalah lingkaran yang
menguasai manusia dan yang lain adalah lingkaran yang dikuasai manusia.
Lingkaran yang menguasai manusia adalah lingkaran yang di dalamnya berlaku
Nizamul Wujud (Sunnatullah/hukum alam) atas manusia. Manusia berjalan
bersama alam dan kehidupan sesuai dengan suatu aturan tertentu yang tidak
berubah. Oleh karena itu,dijumpai beberapa kejadian menimpa manusia di 
dalam
lingkaran ini, yang terjadi di luar keinginannya. Di sini, manusia musayyar
(dikendalikan), bukan mukhayyar (diberi pilihan). Misalnya manusia lahir ke
dunia ini bukan atas kehendaknya dan ia akan
meninggalkannya, juga bukan atas kehendaknya; dalam hal ini ia tidak mampu
melepaskan diri dari hukum Alam. Oleh karena itulah manusia tidak akan
dimintai pertanggungjawaban atas perbuatan-perbuatan yang berasal dari
dirinya sendiri atau yang menimpanya, tetapi tercakup di dalam
lingkaran ini.

Adapun lingkaran yang dikuasai oleh manusia, adalah lingkaran dimana 
manusia
bebas berjalan di dalamnya, sesuai dengan sistem yang dipilihnya; apakah 
itu
syariat Allah atau syariat yang lainnya (bukan dari Allah). Di dalam
lingkaran ini, terjadi perbuatan-perbuatan yang dilakukan manusia atau yang
menimpanya sesuai dengan keinginannya. Misalnya, ia berjalan, makan, minum
atau pergi pada saat yang diinginkannya, dan iapun mampu untuk tidak
melakukan perbuatan-perbuatan
itu pada saat yang diinginkannya pula. Ia bebas untuk menentukannya. Kerana
itu, ia akan dimintai pertanggungjawaban atas perbuatan-perbuatan yang
dilakukannya di dalam lingkaran ini.

Rujukan:
Mafahim al-Islamiyah, Syeikh Ahmad ad-Daur

Pengirim: "Abu Az-Zuhri" [EMAIL PROTECTED]

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SU

RE: H-Net* Re: Tauhid Amal(Aku nak tanya sikit)

2000-05-16 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM...

Izinkan saya memberi sedikit pandangan kepada persoalan di bawah sana...

Perhubungan Yang Satu itu dengan Yang Banyak ialah seperti perhubungan zat 
dengan aradh. Pada logikanya berbeza tetapi sebenarnya bersatu, atau seperti 
yang batin dengan yang zahir, bagi Zat (huwiyyah) Allah yang terperihalkan 
itu.

Disebabkan otak kita terbatas dan ketidak-sanggupan otak kita mengetahui 
"Keseluruhan" sebagai "Keseluruhan", maka kita anggap ia berbilang-bilang 
dan memberikan ciri-ciri atau sifat-sifat bagi sesuatu itu yang membezakan 
satu dengan lain. Hanya orang yang memiliki pandangan mistik dapat melampaui 
semua berbilang-bilangnya bentuk dan dapat "melihat" hakikat yang ada di 
sebaliknya melalui keadaan mental yang luar biasa (super mental state of 
intuition).

Apa yang "membayangkan" Yang Esa itu adalah ahkam (sifat-sifat) yang kita 
cirikan benda-benda yang lahir, dan kita bawa ke dalam kategori warna, saiz, 
bentuk, nisbah dan lain-lain. Wujud yang Satu itu tidak boleh dipecah-pecah 
atau dibagi-bagikan.

Yang Tunggal itu kesatuan (jam'), Yang Banyak itu berbilang-bilang (farq)!

Ibarat nombor satu dengan nombor-nombor yang lain. Nombor satu itulah dasar 
atau asal nombor yang lain dan nombor satu itu hadir tersembunyi dalam 
nombor-nombor yang lain itu. Nombor satu itu al-Haqq dan nombor-nombor yang 
lain itu alam semesta sekalian. Ini ibarat saja untuk memudahkan faham.

Wallahu ta'ala a'lam...

Kepada orang yang tanya tu, baguslah anda bertanya kerana ingin mengetahui! 
Dan adalah lebih baik lagi anda belajar (berguru) kalau tidak tahu, daripada 
sekadar bertanya dan berhujjah sahaja!

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

From: "Osman, Anuar" [EMAIL PROTECTED]
To: "'Hassan Hj Abdullah'" [EMAIL PROTECTED],ibn muhajir  
[EMAIL PROTECTED]
CC: abuhanif [EMAIL PROTECTED], tua dah kubur [EMAIL PROTECTED],  
   [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Re: Tauhid  Amal(Aku nak tanya sikit)
Date: Thu, 11 May 2000 11:03:22 -0700

assalamualaikum,
ada orang tanya AKU,jadi AKU tanya lah kat kamu semua yang pandai quran
ni
Macam nie:
"Dan Kursyi Allah SWT itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi".
(Ayaat Kursyi - Al Baqarah : )

Dari ayat ni kursyi allah itu meliputi 7 petala langit dan 7 petala
bumi...tapi mengapa (kata org yang tanya ler)pada perkataan
langit(sama')Allah guna perkataan jama'(banyak) akan tetapi pada perkataan
bumi(ard)Allah guna perkataan mufrad(satu).

tolong ler jawab sat ..maklum ler AKU tak pandai

Pengirim: "Osman, Anuar" [EMAIL PROTECTED]

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Al-Baqarah : 115 - Tafsiran

2000-05-14 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

Berkenaan ayat :

"Walillahi masyriqu wal maghribu fahainama tawalla fathamma
wajhullahi."

[Al-Baqarah : 115]

Maksudnya : "Kepunyaan Allah timur dan barat, lantaran itu ke mana saja kamu 
menghadap, maka di situ wajah Allah."

Yang mana satu dikatakan wajah Allah? Adakah rupa manusia itu wajah Allah? 
Kenapa tidak terfikir, rupa manusia itu ('arad) tetap binasa, akhirnya 
hancur berderai dan berbau busuk. Yang kadim wajah Allah tidak ada permulaan 
dan tidak ada kesudahan. Lupakah kita dengan cerita Nabi Allah Musa a.s.? 
Yang termaktub di dalam al-Qur'anul Karim, apabila Nabi Musa hendak melihat 
Allah.

Firman Allah Ta'ala, bermaksud :

"Dan tatkala Musa datang di waktu yang Kami tentukan itu dan Tuhannya 
berkata-kata dengan dia, berkatalah ia : "Wahai Tuhanku! Tunjukkanlah 
(DiriMu) kepadaku supaya aku melihat kepada-Mu." Ia berfirman "Engkau tidak 
boleh melihat akan Daku, tetapi lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap pada 
tempatnya, maka engkau akan melihat akan Daku. Maka tatkala Tuhannya 
menunjukkan diri kepada gunung tadi, maka (Petunjuk diri) itu jadilah ia 
hancur dan jatuhlah Musa dengan pingsan. Maka tatkala ia sedar, berkatalah 
ia : "Maha Suci Engkau! Aku taubat kepada-Mu dan akulah orang yang pertama 
berIman."

[Al-A'raf : 143]

Tidak mungkin bagi yang baru hendak melihat wajah Allah, kerana masih ada 
lagi sifat-sifat Ubudiyyat iaitu pancaindera dan kesedaran tentang adanya 
perasaan keduniaan di sekeliling atau di sekitar alam semesta ini.

Berkata Abdul Karim al-Jily :

"Bahawa sesungguhnya soal mencapai Zat Allah atau melihat Allah yang Maha 
Agung itu ialah kamu tahu Tariqat cara kasyaf terbukanya rahsia Ketuhanan. 
Ketika itu kamu adalah Dia dan Dia adalah kamu. Tetapi tidak dalam bentuk 
ittihad dan hulul. Bahawasanya hamba tetap hamba, Tuhan tetap Tuhan. Tidak 
mungkin hamba jadi Tuhan dan tidak mungkin pula Tuhan jadi hamba."

Wajah Allah tidak serupa dengan rupa manusia, jangan hendak disamakan 
perkara-perkara yang ada pada diri manusia itu dengan sifat Ketuhanan. Ramai 
yang tidak mengetahui atau memahami ilmu Tariqat yang sebenarnya dan ambil 
mana yang boleh. Yang ada berkata tak ada rotan akar pun berguna juga, 
tetapi tentu ada bezanya rotan dengan akar, kerana tidak sama ialah dari 
segi benda dan bentuk semulajadinya. Dari itu Wajah Allah tetap Wajah Allah 
dan rupa manusia tetap rupa manusia.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Hadis Qudsi...(Tafsiran)

2000-05-14 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

Berkenaan dengan ayat : "Araftu Rabbi bi Rabbi."

Maksudnya: "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku."

Yang diketahui Allah itu satu (Tunggal), kalau lebih daripada satu ertinya 
(Kasrat).

Bagaimana ayat yang menerangkan,

"Syuhud al-wahdat fil kasrat, syuhud al-kasrat fil wahdat."

Maksudnya : "Pandang yang yang satu dalam yang banyak dan pandang yang 
banyak dalam yang satu."

Jadi, maksudnya pandang yang (Satu), bukan yang banyak. Kalau hendak 
ditafsirkan dengan tepat ialah "Allah Ta'ala mengenal diri-Nya melalui 
diri-Nya." Ayat ini bermaksud "Allah" bukan manusia. Selagi berada di dalam 
kesedaran, manusia tetap manusia dan Allah tetap Allah. Manusia tidak dapat 
mengenal Allah dengan dalil akal fikiran, terkecuali binasa di dalam (Fana' 
fil fana') atau terus tenggelam di dalam lautan (Hadiyyat).

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Al-Baqarah : 115 - Tafsiran

2000-05-14 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

Berkenaan ayat :

"Walillahi masyriqu wal maghribu fahainama tawalla fathamma
wajhullahi."

[Al-Baqarah : 115]

Maksudnya : "Kepunyaan Allah timur dan barat, lantaran itu ke mana saja kamu 
menghadap, maka di situ wajah Allah."

Yang mana satu dikatakan wajah Allah? Adakah rupa manusia itu wajah Allah? 
Kenapa tidak terfikir, rupa manusia itu ('arad) tetap binasa, akhirnya 
hancur berderai dan berbau busuk. Yang kadim wajah Allah tidak ada permulaan 
dan tidak ada kesudahan. Lupakah kita dengan cerita Nabi Allah Musa a.s.? 
Yang termaktub di dalam al-Qur'anul Karim, apabila Nabi Musa hendak melihat 
Allah.

Firman Allah Ta'ala, bermaksud :

"Dan tatkala Musa datang di waktu yang Kami tentukan itu dan Tuhannya 
berkata-kata dengan dia, berkatalah ia : "Wahai Tuhanku! Tunjukkanlah 
(DiriMu) kepadaku supaya aku melihat kepada-Mu." Ia berfirman "Engkau tidak 
boleh melihat akan Daku, tetapi lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap pada 
tempatnya, maka engkau akan melihat akan Daku. Maka tatkala Tuhannya 
menunjukkan diri kepada gunung tadi, maka (Petunjuk diri) itu jadilah ia 
hancur dan jatuhlah Musa dengan pingsan. Maka tatkala ia sedar, berkatalah 
ia : "Maha Suci Engkau! Aku taubat kepada-Mu dan akulah orang yang pertama 
berIman."

[Al-A'raf : 143]

Tidak mungkin bagi yang baru hendak melihat wajah Allah, kerana masih ada 
lagi sifat-sifat Ubudiyyat iaitu pancaindera dan kesedaran tentang adanya 
perasaan keduniaan di sekeliling atau di sekitar alam semesta ini.

Berkata Abdul Karim al-Jily :

"Bahawa sesungguhnya soal mencapai Zat Allah atau melihat Allah yang Maha 
Agung itu ialah kamu tahu Tariqat cara kasyaf terbukanya rahsia Ketuhanan. 
Ketika itu kamu adalah Dia dan Dia adalah kamu. Tetapi tidak dalam bentuk 
ittihad dan hulul. Bahawasanya hamba tetap hamba, Tuhan tetap Tuhan. Tidak 
mungkin hamba jadi Tuhan dan tidak mungkin pula Tuhan jadi hamba."

Wajah Allah tidak serupa dengan rupa manusia, jangan hendak disamakan 
perkara-perkara yang ada pada diri manusia itu dengan sifat Ketuhanan. Ramai 
yang tidak mengetahui atau memahami ilmu Tariqat yang sebenarnya dan ambil 
mana yang boleh. Yang ada berkata tak ada rotan akar pun berguna juga, 
tetapi tentu ada bezanya rotan dengan akar, kerana tidak sama ialah dari 
segi benda dan bentuk semulajadinya. Dari itu Wajah Allah tetap Wajah Allah 
dan rupa manusia tetap rupa manusia.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Tauhid Dan Sains III - Final

2000-05-10 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi...

   MENCARI ASAL USUL PENCIPTAAN

SETAKAT ini tidak ada satu teori pun yang dianggap dapat menjelaskan dengan 
tepat tentang asal usul penciptaan alam.

Sains moden yang menganggap alam semesta terbentuk secara kebetulan dan 
bukan dicipta oleh Tuhan memang dalam keadaan meraba-raba untuk mengemukakan 
teori yang dapat menguatkan anggapan tersebut.

Sejak beratus tahun mereka berhempas pulas membuat penyelidikan dan merangka 
teori-teori berkaitan dengan asal usul kejadian alam dan manusia. Tetapi 
teori itu kemudiannya lenyap diganti dengan teori lain yang dianggap lebih 
tepat.

Bagaimanapun teori yang dianggap tepat itu pun tidak dapat dipertahankan 
juga apabila teori baru yang lain dikemukakan.

Oleh kerana jawapan yang mereka cari tidak ditemui di dalam ruang dan alam 
benda atau jirim, maka mereka mula mengalihkan tumpuan untuk mengkaji lubuk 
kesedaran diri atau roh manusia, kerana mereka percaya di situlah 
tersembunyi jawapan yang mereka cari.

Mereka beranggapan bahawa kesedaran terdalam yang menyimpan rahsia kewujudan 
manusia itu mungkin dapat diselidiki apabila dua teori utama fizik moden, 
iaitu teori mekanik kuantum dan teori realiviti am Einstein dapat 
digabungkan menjadi satu.

Bagaimanapun percubaan menggabungkan kedua-dua teori itu bukanlah mudah. 
Ramai ahli fizik sebelumnya, termasuk Albert Einstein sendiri  telah gagal 
untuk menggabungkannya, menyebabkan harapan untuk mengetahui apa yang kita 
kenali sebagai "hakikat segala sesuatu itu" berkecai.

Mereka juga beranggapan bahawa jawapan yang dicari itu terletak terlalu jauh 
daripada jangkauan. Oleh itu sains perlu ditingkatkan ke tahap lebih maju 
untuk mengetahui sepenuhnya rahsia penciptaan alam ini.

Oleh kerana sains itu terbatas, bukanlah sesuatu yang mustahil pula jika 
pada suatu ketika nanti ia akan berakhir begitu sahaja, tanpa memberikan 
jawapan muktamad tentang "rahsia" yang dicari itu.

- KESIMPULAN -

MASYARAKAT Islam perlu menyuburkan ilmu Tauhid dan menjadikan ilmu itu 
sebagai titik-tolak pengajian sains. Dengan berbuat demikian kita akan 
meletakkan sains di atas landasan pemikiran yang kukuh. Tauhid juga akan 
menjadi sumber inspirasi utama bagi generasi muda untuk belajar sains dan 
mengkaji alam yang luas ini.

Masyarakat Islam perlu mempunyai kesedaran mendalam bahawa sains 
memperkukuhkan ajaran agama Islam itu sendiri. Kajian saintifik perlu 
digalakkan sebagai salah satu cara utama yang membolehkan kita memajukan 
ilmu Tauhid.

DAN,  hayatilah pengertian Al-Qur'an dengan lebih jelas lagi dan tahqiq 
kepada ajarannya yang sebenar.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Tauhid Dan Sains II

2000-05-10 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
kehairanan, kerana sains telah menguasai berbagai-bagai ilmu dan menemui 
berbagai-bagai penemuan. Akan tetapi Al-Qur'an diturunkan ketika manusia 
belum mengenali ilmu seperti itu tentulah ianya tidak merupakan ilmu yang 
diterokai oleh manusia, malahan ilmu yang diberitakan oleh Allah kepada 
Rasul-Nya, Muhammad SAW melalui wahyu-Nya, Al-Qur'an.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Wali Allah 4 Final (Skema Penilaian Dan Kefahaman)

2000-05-09 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
p aktif dalam 
semua wahyu dan ilham iaitu Ruh Muhammad atau Hakikat Muhammad.

Selanjutnya, bahawa semua syara'i (hukum-hukum ugama) sejak Nabi Adam a.s. 
hingga Muhammad SAW adalah semata-mata penzahiran sementara (temporal 
manifestations) menurut keperluan dan kehendak manusia pada zaman-zaman yang 
berbeza-beza dan sesuai untuk sesuatu zaman tertentu yang terbit daripada 
satu ugama yang sejagat yang bernama ISLAM!

Sekarang ini kerasulan dan kenabian telah tamat. Tetapi Khalifah Am 
(al-khalifatul-`ammah) masih ada dan diwarisi oleh para Aulia' yang menurut 
syariat Nabi Muhammad SAW.

- Kesimpulannya -

PATUT diketahui bahawa apa yang dimaksudkan dengan Hakikat Muhammad itu 
ialah satu hakikat atau prinsip yang aktif dalam semua wahyu dan ilham para 
Nabi dan Wali. Ianya bersifat "Universal" (sejagat) dan tidak tertakluk 
kepada zaman dan masa. Prinsip ini hidup dan menyerap dalam alam semesta 
raya ini. Sebenarnya prinsip ini adalah bayangan Alah SWT. Kalau Allah itu 
diibaratkan sebagai matahari, maka Hakikat Muhammad itu bolehlah diibaratkan 
sebagai cahayanya. Cahaya itu menyuluh dan menyinari sekalian makhluk yang 
wujud ini.

Semua Rasul dan Nabi (termasuk Nabi Muhammad sendiri) dan Aulia' Allah 
adalah penzahir (manifestasi) Hakikat Muhammad tersebut. Nabi Muhammad SAW 
itu adalah bentuk sahaja. Seperti juga manusia, badan itu bentuknya tetapi 
hakikatnya adalah Ruhnya. Badan lenyap dan binasa tetapi Ruh terus dan tetap 
hidup sampai bila-bila. Badan tertakluk kepada ruang dan waktu tetapi Ruh 
melampaui ruang dan waktu.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Wali Allah 2 (Skema Penilaian Dan Kefahaman)

2000-05-08 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
bar dalam menghadapi ujian Allah. Jika ditimpa 
bala tertentu, kita dapat melihat dengan jelas dia cukup redha dan sabar.

Ciri-ciri ini digunakan oleh Islam untuk memberi garis panduan kepada 
ummahnya supaya tidak terperangkap dengan Wali palsu. Hari ini, banyak 
kumpulan tertentu yang cuba hendak mempromosikan diri sebagai orang yang 
boleh menyelesaikan banyak masalah tetapi terlibat dengan amalan-amalan yang 
tidak sesuai dengan Islam. Untuk mengetahui secara tepat ciri-ciri dan sifat 
Wali memerlukan penelitian.

H-Net* Wali Allah 3 (Skema Penilaian Dan Kefahaman)

2000-05-08 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
bahasa ilmu 
segala yang boleh dihuraikan dan menerangkannya dengan maksud zahirnya mana 
yang dapat diterangkan, agar dapat difahami oleh mereka yang tidak faham 
dengan ibarat kiasan ahli-ahli Sufi itu. Dengan ini dapatlah aku 
mempertahankan dan memperlindungkan mereka dari hasad-dengki orang-orang 
yang menyalahkan atau yang menyelewengkan ajaran ilmu hakikat yang 
sebenarnya dan salah pentafsiran oleh orang-orang yang jahil. Di samping itu 
kitab ini dapat menjadi panduan bagi mereka yang ingin hendak menempuh jalan 
menuju Allah SWT dan memerlukan Allah untuk mencapai kesedaran pengalaman 
dalam hal ini. Ini telah aku lakukan, setelah terlebih dahulu mengkaji 
dengan secara mendalam tulisan-tulisan mereka yang mahir dan berkelayakan 
dalam ilmu kesufian ini dan merenungi cerita-cerita ahli-ahli Sufi yang 
telah mencapai pengalaman yang sebenar-benarnya.

Bolehkah Sufi digolongkan sebagai Wali?

Golongan Sufi sendiri hanya mengiktirafkan ahli Sufi sebagai orang yang 
sudah berjaya dalam perjalanan menuju Allah, bukan orang yang baru memasuki 
Tariqat dan mengamalkan beberapa wirid.

Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, bahawa Sufi adalah orang yang 
sudah sampai ke destinasi perjalanannya menuju Allah.

Jika tidak, orang itu mungkin baru menjadi murid kepada Sufi. Murid kepada 
Sufi sama sekali tidak boleh dikatakan Sufi dan kelakuan yang muncul 
daripadanya bukan kelakuan Sufi.

Dalam banyak keadaan, apabila rujukan masyarakat tentang Sufi tidak tepat, 
menyebabkan tercemarnya nama baik Sufi. Apabila yang dilihat adalah murid 
Sufi, yang sememangnya tidak mantap melakukan sesuatu yang tidak begitu 
baik, dikatakan Sufi yang melakukannya, sedangkan orang berkenaan bukan 
Sufi, tentulah hal seumpama ini tidak adil.

Di dalam kes kekeramatan atau keWalian, Sufi yang sudah sampai ke destinasi 
perjalanannya, memang memenuhi ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang Wali 
Allah, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Oleh itu mereka boleh 
dikategorikan sebagai Wali. Malah sama ada istilah Wali atau Sufi, ia boleh 
bertukar ganti. Syaratnya dia memang benar-benar Sufi yang tulen. Apabila 
dia menjadi Syeikh kepada satu-satu Tariqat, bermakna banyak perkara yang 
perlu dipenuhi, termasuk ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang Wali.

Kalangan Syeikh ini benar-benar merupakan seorang yang cukup kental 
ketaqwaannya kepada Allah, sehingga misalnya kehadiran seseorang yang hendak 
berguru dengannya, dianggap sebagai satu ujian daripada Allah, bukannya 
menjadi asas kepada satu bentuk kemegahan.

Bagi mereka, menghampirkan diri kepada Allah adalah saat kebahagiaan yang 
amat luar biasa dirasakan yang tidak ada tandingannya.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Wali Allah (Skema Penilaian Dan Kefahaman)

2000-05-07 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
l Kahfi yang bersembunyi di gua 
untuk menyelamatkan diri dari tekanan pemerintah yang zalim selama 300 tahun 
lebih, kisah Ratu Balqis lawan Nabi Sulaiman, dan lain-lain.

Sejak para Sahabat dan Tabi'in sampai pada masa kita sekarang ini, keramat 
pada diri Wali-wali itu masih tetap ada.

Salah satu kekeramatan Saiyidina Umar bin Al-Khattab adalah pandangan beliau 
kepada pasukan Muslimin yang bertahan disebalik gunung. Beliau memanggil 
mereka dalam khutbah Jumaat. Suaranya terdengar oleh pasukan yang berada di 
gunung tersebut. Maka mereka pun bersiap menghadapi musuh. Pada waktu itu 
Saiyidina Umar mempunyai dua keramat. Pertama beliau telah lihat dari jauh 
keadaan pasukan Muslimin dan keadaan musuh. Kedua, suara beliau didengar 
oleh pasukan Muslimin, walaupun dari jarak jauh.

Ibnu Umar pernah berkata kepada seekor singa yang menghadang orang ditengah 
jalan :

"Hei, mengaumlah!" Singa tersebut mengipas-ngipas ekornya lalu segera 
berlalu. Dan orang ramai pun dapat melalui jalan tersebut dengan aman dan 
tenteram. Lantas Ibnu Umar berkata : "Benarlah Rasulullah SAW yang 
menyatakan : "Barang siapa takut kepada Allah, nescaya ditakutkan Allah 
segala sesuatu kepadanya."

Para Nabi dan Rasul berkewajipan memperlihatkan mu'jizat-nya pada saat-saat 
yang perlu, sedangkan para Wali tidak berkewajipan menunjukkan keramatnya, 
bahkan harus disembunyikannya.

Wali-wali Allah, termasuk syeikh-syeikh Tariqat seperti Syeikh Abdul Qadir 
Al-Jailani, Syeikh Junaid Al-Baghdadi, Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi dan 
lain-lainnya, mempunyai keramat yang tingkat dan bentuknya berbeda-beda.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Ilmu Zahir Dan Batin - 3

2000-05-02 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
ah Tuhan selain daripada-Nya. (Jika kami sembah), 
tentu kami berkata dengan perkataan yang jauh (dari kebenaran)."

[Al-Kahfi : 14]

"Apabila diturunkan satu surah (Al-Qur'an), maka di antara mereka (munafiq) 
ada yang berkata : "Manakah ayat yang menambah keImananmu?" Adapun 
orang-orang yang berIman, makin bertambah keImanannya, sedang mereka itu 
bergembira."

[At-Taubah : 124]

"Sesungguhnya orang-orang berIman, ialah orang-orang bila disebut Allah 
gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya, bertambah 
Imannya, sedangkan mereka itu bertawakkal kepada Tuhannya.'

[Al-Anfal : 2]

"Orang-orang yang Mukmin hanya orang-orang yang percaya kepada Allah dan 
Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) 
dengan harta dan dirinya di jalan (agama) Allah. Mereka itulah orang-orang 
yang benar.

[Al-Hujurat : 15]

Iman yang sedemikian ialah Iman yang telah menjalar dan meresapi segala 
pohon amal dalam bumi hati manusia, seperti air dan baja yang terkandung 
dalam bumi hati yang disedut dan diresapi oleh setiap pohon amalan. Asas 
Iman akan dibaja dengan amalan  Islam, yang kemudian subur dalam bumi hati. 
Demikianlah berikutnya Iman yang telah subur dalam bumi hati itu akan 
membajai dan menyuburkan pula pohon amalan yang salih. Proses yang saling 
baja-membajai, yang saling subur-menyuburi antara Iman dalam bumi hati 
dengan pohon amalan Islam akan semakin menghasilkan Iman yang semakin tetap 
dan kukuh di bumi hati, yang tidak akan tergoncang oleh apa pun badai 
taufan, oleh apa pun landasan banjir ataupun gegaran gempa, sebagai pohon 
amal yang besar dan agung, kukuh dan teguh. Akar tunjangnya mencengkam kukuh 
ke dasar bumi, sementara dahan dan rantingnya tinggi menjengkau ke alam 
langit yang tertinggi, yang tetap mengeluarkan hasilnya pada setiap musim.

Iman yang sedemikian ialah Iman yang sentiasa membahang dan membara dalam 
hati dan jiwa, sebagai tenaga elektrik yang menggerakkan segala alat 
keperluan demi untuk kegunaan dan kepentingan manusia.

Tentunya Iman yang sedemikian ialah Iman yang dijiwai oleh rasa cinta yang 
dibajai dengan kesuburan amal dan yang diterangi dengan cahaya ilmu dan 
ma'rifat, iaitu Iman yang berteraskan keyakinan kepada Allah, Hari Akhirat, 
Malaikat, Kitab-kitab, Nabi-nabi dan Qadha' dan Qadar.

Iman yang berada dalam peringkat ini ialah Iman yang telah terjelma dalam 
sifat-sifat keImanan yang batin dalam amal atai kaifiat-kaifiat kejiwaan 
atau kerohanian yang batin; seperti niat dan qasad, sidq dan ikhlas, 
al-ikhsan, al-sabr, al-tawakul, ghina al-qalb, al-sakha al-adab, al-haya, 
al-khusyu' al-tadharru, al-ibtihal, al-zuhd dari perhiasan hisup, 
mementingkan hidup akhirat, rindu pada Allah dan rindu untuk menemui-Nya dan 
lain-lain yang tersimpul dalam istilah Tazkiyyah atau Tasfiyyah al-Nafas. 
Sifat-sifat yang dihasilkan oleh Iman ini dapat difahami dari sebuah Hadis, 
yang bermaksud :

"Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin; kesemuanya adalah baik. Tidak 
ada sifat ini selain hanya ada pada dirinya mukmin apabila menerima 
kesenangan ia bersyukur maka itu adalah kebaikan padanya, dan jika ditimpa 
bala bencana ia bersabar dan itu adalah kebaikan padanya."

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net      )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Ilmu Zahir Dan Batin - 3 [Final]

2000-05-02 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
28]

Lebih jelas lagi kedua-duanya yang Muhsin dan Muttaqin itu diberikan 
keistimewaan kesertaan Allah dengan mereka.

Firman Allah Ta'ala bermaksud :

"Bulan haram (dibalas) dengan bulan haram dan kehormatan itu berbalasan 
juga. Barang siapa yang aniaya kepadamu, maka boleh kamu aniaya kepadanya, 
seumpama keaniayaannya kepadamu dan takutlah kepada Allah dan ketahuilah, 
bahawasanya Allah berserta orang-orang taqwa."

[Al-Baqarah : 194]

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah, dua belas bulan, dalam Kitab 
Allah, pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada empat 
bulan suci (tidak boleh berperang dalam bulan, yakni Zulkaedah, Zulhijjah, 
Muharam dan Rejab).Demikianlah agama yang lurus, sebab itu janganlah kamu 
menganiaya dirimu dalam bulan itu. Perangilah orang-orang musyrik semuanya, 
sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya. Ketahuilah, bahawa Allah 
bersama-sama orang-orang yang taqwa."

[Al-Taubah : 36]

Ringkasnya, berpandukan surah [Al-Hujarat : 13], dan [Ali-Imran : 102], maka 
taqwa dalam peringkat yang sempurna dan tertinggi adalah termasuk dalam 
maqam Ihsan dalam Islam.

Kesimpulannya bahawa maqam Ihsan adalah hasil kesungguhan dari kedua-dua 
maqam Islam dan Iman. Itulah pati dan intisari dari kedua-duanya. Dalam 
keseluruhan Islam dan umatnya, maka Ihsan adalah roh dan nyawanya. Dalam 
agama itulah intisarinya, dalam kehidupan dan kebahagiaannya itulah 
keperluan yang paling utama. Dalam kalangan Ulama' maka itulah 
Rabbaniyyin-nya.

Maka dengan itu, dalami dan pelajarilah isikandungan kitab Allah (Al-Qur'an) 
dan Al-Hadis dengan jelas kefahamannya. Jangan membuat sebarang andaian dan 
tafsiran yang mengelirukan di dalam menjatuhkan hukum yang tidak 
berpenghujung pangkalnya. Jadilah orang-orang yang merendah diri di dalam 
menuntut ilmu Allah dan bertaqwa kepada-Nya, serta memohon ampun daripada 
segala dosa yang telah dilakukan.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net      )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* KEIMANAN....

1999-11-16 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/i yang disayangi, dikasihi, diingati dan 
dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.

Izinkan saya ada cerita sedikit tentang keImanan akan terjadinya Isra' dan 
Mi'raj. Semoga bermanfaat.

Sumber : The Secret Of Secrets - Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani

Ada  seorang cendikiawan dan pendeta yang sangat berpengaruh di Baghdad yang 
punya banyak pengikut. Orang ini dikenal punya pengetahuan yang luas tidak 
hanya dalam tradisi  Yahudi  dan Nasrani tetapi juga Islam. Dia tahu Islam 
dan Kitab suci Al-Qura'an dan  sangat  mencintai  dan  menghormati Nabi 
Besar Muhammad SAW. Khalifah pun  menghormati  pendeta tersebut dan berharap 
dia dan murid-muridnya akan menjadi Muslim suatu hari nanti. Sebenarnya dia 
sudah menerima Islam, hanya yang tidak boleh diterima dan dimengerti sama 
sekali adalah peristiwa mistik dari Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW ke langit 
ke tujuh.

Peristiwa  Mi'raj tersebut terjadi dalam satu malam, Rasulullah SAW diangkat 
secara  jasmani dan ruhani dari MAkkah ke Jerusalem dan dari sana ke langit 
ke tujuh beliau  melihat  banyak hal. Beliau mengunjungi Syurga dan Neraka 
dan lebih jauh lagi bertemu dengan Allah, yang berbicara sembilan puluh ribu 
kata dengan beliau. Beliau kembali  sebelum dinginnya tilam dan sebelum daun 
yang disentuhnya saat lalu berhenti bergoyang.

Pikiran pendeta tersebut tidak dapat menerima Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad 
SAW dan kedatangannya untuk menceritakan peristiwa ini. Bahkan ketika 
Rasulullah sendiri  ketika menceritakan hal ini hari berikutnya setelah 
kejadian tersebut, banyak orang-orang  Islam yang tidak percaya dan murtad 
dari agamanya. Hal ini kemudian menjadi ujian  terhadap kebenaran  Iman  
mereka, dikeranakan fikiran mereka tidak dapat membayangkan kejadian yang 
demikian.

Khalifah memperkenalkan semua cendikiawan dan guru-guru pada waktu itu 
kepada pendeta tersebut dalam rangka menghilangkan keragu-raguannya dan tak 
seorang pun  yang berhasil. Hingga suatu petang khalifah tersebut mengirim 
surat kepada Hadhrat Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dan meminta beliau untuk 
meyakinkan pendeta tersebut tentang kebenaran peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Ketika  Hadhrat Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani datang mengunjungi istana 
didapatinya pendeta dengan khalifah  sedang bermain  catur. Saat pendeta 
tersebut mengangkat buah catur (pion) untuk memindahkannya matanya bertemu 
dengan Shaikh Abdul Qadir Al-Jailani. Dikedipkannya matanya. Saat  dibukanya 
kembali matanya di dapati dirinya sedang hanyut dalam aliran sungai yang 
sangat deras! Dia berteriak minta tolong ketika seorang penggembala kambing 
melompat ke dalam sungai dan menyelamatkannya. Ketika penggembala itu 
menariknya, baru disadari bahwa dia telanjang dan telah berubah menjadi 
seorang wanita muda!

Penggembala itu menariknya keluar dari air dan bertanya anak siapakah dia 
dan tinggal di mana. Ketika pendeta tersebut mengatakan Baghdad, penggembala 
itu kemudian berkata bahwa mereka saat itu sedang berada di tempat yang 
sangat jauh dan memerlukan waktu  beberapa bulan dari kota itu. Penggembala 
itu kemudian merawatnya dan menjaga serta melindunginya, tetapi karena dia 
tidak tahu akan kemana, maka penggembala itu menikahinya. Mereka akhirnya 
punya tiga orang anak yang sedang besar.

Satu  hari  ketika dia sedang mencuci baju di sungai yang sama saat dirinya 
muncul beberapa tahun lalu, dia terpeleset dan jatuh. Ketika dibukanya mata, 
di dapatinya dirinya  sedang duduk berseberangan dengan khalifah, memegang 
buah catur dan tetap  memandang ke mata  Hadhrat Syaikh Abdul Qadir 
Al-Jailani, yang kemudian berkata  kepadanya, "Sekarang, pendeta yang 
terhormat, apakah kamu tetap tidak percaya ?"

Pendeta  tersebut, tidak  yakin dengan apa yang telah terjadi dan berpikir 
bahwa itu hanyalah mimpi, menjawab, "Apa maksud tuan ?"

"Mungkin kamu ingin bertemu dengan keluargamu ?" tanya Syaikh Abdul Qadir 
Al-Jailani.

Ketika dibukanya pintu, di sana berdiri penggembala dan ketiga anaknya. 
Melihat hal ini, pendeta tersebut percaya. Dia dan murid-muridnya adalah di 
antara lima ribu kaum Nasrani yang menjadi Muslim melalui tangan Hadhrat 
Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti 

H-Net* Tazkirah TAUHID 4

1999-11-12 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
u') sahaja.

Setengah Ulama' telah cuba menjadikan Khilaf Zahir dengan cara menjadikan 
taklid yang putus, itulah sahaja yang diterima dan sah. Sebaliknya taklid 
yang tidak putus adalah tertolak. Orang yang bertaklid dengan tegas dan 
putus mengikut takrif mereka, ialah orang yang sanggup tetap di atas 
kepercayaan mereka walaupun orang yang diikuti mereka itu telah mengubah 
kepercayaannya. Sebaliknya orang yang bertaklid dengan tidak tegas pula, 
ialah orang yang akan mengubah kepercayaannya mengikut perubahan yang 
berlaku kepada orang yang diikutinya.

Yang sebenarnya orang yang bertaklid dengan tidak tegas ini adalah dalam 
golongan orang yang syak dan teragak-agak. Imannya tidaklah boleh diterima, 
kerana ia tidak mempunyai keyakinan yang putus. Perselisihan pendapat 
hanyalah tertumpu kepada masalah orang yang bertaklid tetapi yakin dan tidak 
ragu-ragu. Maka khilaf ini merupakan khilaf pada hakikat.

Khilaf ini adalah umum bagi semua ma'rifat yang dikehendaki dalam iktikad, 
sama ada mengenal Allah atau mengenal Rasul-rasul. Ada setengah-setengah 
Ulama' menyangka bahawab khilaf ini hanya pada soal berfikir yang boleh 
sampai kepada mengenal Allah sahaja, padahal berfikir seperti itu memang 
wajib dengan kata sepakat Ulama'. Pendeknya khilaf ini adalah umum 
sebagaimana yang dinyatakan.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Jama'ah

1999-11-09 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
 Mana-mana jemaah yang 
tidak mengutamakan sudut-sudut tarbiah (pendidikan) dan penyatuan tetapi 
mempergunakan kekuatan, maka itu adalah satu jama'ah yang memperjudikan 
nasib dan usahanya. Ini membahayakan amal Islami (usaha dan perjuangan 
Islam). Jadi, segala usaha ke arah pemerintahan dengan jalan kekerasan atau 
kekuatan tanpa tarbiah dan perpaduan atau dengan jalan melalui parti-parti 
politik yang mengabaikan tarbiah, merupakan pertaruhan bahkan satu kerugian 
terhadap amal Islami. Walaupun ia berkembang dan membesar menurut tabi'i 
sebelum dasar dan asas menjadi kuat, namun ia tidak mantap dan tiada 
kesungguhan untuk berjalan terus menerus.

Jadi mestilah terlebih dahulu dibentuk dasar yang kuat dan pejal. Dengan 
demikian ia redha kepada hukum-hukum Islam, melindunginya, membelanya dan 
tidak berkompromi dengan hukum yang lain darinya. Demikianlah, pembinaan itu 
mestilah didahului dari asas bukan dari puncak. Apabila sesuatu bangunan 
yang hendak dibina itu besar dan tinggi, maka asasnya mestilah luas dan 
dalam pula. Samalah keadaannya dengan bangunan yang hendak kita bangunkan 
ini adalah bangunan yang paling besar dan paling tinggi iaitu 'Ad Daulah 
Islamiah Alamiah' (negara Islam sejagat) kerana dakwah kita adalah alamiah 
(antarabangsa) demikian juga musuh-musuh kita adalah alamiah juga. Jangka 
masa yang digunakan di dalam medan ini diukur dengan umur dakwah bukan 
diukur dengan umur individu.

Dengan rahmat kurnia Allah SWT, kita dapati Al Imam Hassan Al Banna telah 
mengambil jalan ini dari seerah Rasulullah SAW. Beliau menegaskan betapa 
perlunya dipersiapkan al fardi muslim (individu muslim) sebagai lelaki 
akidah (rijalul akidah), pentingnya didirikan keluarga muslim (usrah 
muslimah) dan akhirnya masyarakat muslim (mujtama muslim). Di atas asas-asas 
yang kuat inilah, kelak terdirinya Ad-Daulah-Islamiah dan seterusnya 
Al-khilafah Islamiah, InsyaAllah.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Tazkirah TAUHID

1999-11-09 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
mpai dakwah tetapi dengan jalan tidaksihat, seperti 
orang awam beragama lain yang tidak pernah  mengenal Islam selain dari apa 
yang disampaikan oleh
 ketua-ketua agama mereka dengan cara yang tidak betul dan mereka pula 
tidak tinggal dalam negara Islam.

Orang-orang ini mengikut pendapat Muktazilah tidak terlepas dari 
tanggungjawab syara' (taklif), tetapi pada pendapat Ahli Sunnah adalah 
sebaliknya. Pendapat Ahli Sunnah inilah yang benar, kerana ada banyak dalil 
yang menguatkannya.

Apa yang dikehendaki dari seorang mukallaf ialah mengetahui perkara-perkara 
wajib, mustahil dan harus bagi Allah SWT dan Rasul-rasulNya. Kita 
terpaksalah mengetahui lebih dahulu makna perkara-perkara yang wajib, 
mustahil dan harus itu. Kemudian baharulah kita memperbincangkan soal-soal 
mengenal Tuhan bagaimana yang dikehendaki, oleh itu perlulah di dahulukan 
dengan bahagian hukum akal.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

TO BE CONTINUED...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

P/S : Adalah anda disyorkan merujuk kepada guru-guru yang Mursyid untuk 
menuju ke arah pemahaman yang lebih detail (hakikat) lagi. Ini adalah untuk 
mengelak daripada sebarang salah tafsiran dan fitnah!

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Tazkirah TAUHID 2

1999-11-09 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN  MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~
Hukum-hukum Dan Bahagiannya.

Hukum ertinya menetapkan sesuatu perkara kepada perkara yang lain. Para 
Ulama' telah membahagikan hukum kepada tiga bahagian mengikut 
sumber-sumbernya, iaitu :

1.  Hukum Akal - Iaitu hukum yang datangnya dari penetapan atau penafian 
akal, seperti akal menetapkan satu itu setengah daripada dua, atau tiga itu 
bukan genap.

2.  Hukum Syara' - Iaitu hukum yang datangnya dari penetapan sayara', seperti 
menetapkan wajib sembahyang (solat), atau   haram makan daging babi.

3.  Hukum Adat - Iaitu hukum yang disandarkan kepada kebiasaan dan percubaan 
manusia di dalam hidup tanpa memandang kepada akal dan syara', seperti api 
boleh   menghanguskan
 bahan-bahan yang boleh terbakar, air boleh memadamkan api, atau pisau 
boleh memotong.

Di antara tiga jenis hukum ini yang penting di dalam kajian Ilmu Kalam ialah 
hukum akal.

Hukum Akal

Sebagaimana yang telah dinyatakan, hukum akal ialah penetapan atau penafian 
yang dibuat oleh akal, dan ianya yerbahagi kepada tiga perkara :

1.  Wajib : Iaitu barang yang tetap ada dan tidak mungkin tiada zatnya atau 
perkara yang tidak tergambar pada akal tiadanya.

2.  Mustahil : Iaitu barang yang tetap tiada dan tidak menerima ada bagi 
zatnya, ataupun barang yang tidak tergambar adanya pada akal.

3.  Harus : Iaitu barang yang boleh menerima ada atau tiada dengan memandang 
kepada zatnya sendiri. Ataupun barang   yang tergambar pada akal ada atau 
tiadanya. Atau barang
 yang bersilih-ganti di antara adan dan tiada, kerana ada dan tiada itu 
dua perkara yang berlawanan dan tidak mungkin berhimpun pada satu waktu.

Tiap-tiap satu hukum yang tiga ini terbahagi pula kepada dua, iaitu :

1.  Yang mudah (Dharuri), iaitu hukum akal yang dapat difaham   secara 
sepintas lalu sahaja tanpa memerlukan pemikiran dan penyelidikan.

2.  Yang payah (Nazari), iaitu hukum-hukum akal yang tidak dapat diterima 
tanpa berfikir mencari dalil dan menyelidikinya terlebih dahulu.

Misal bagi tiap-tiap jenis hukum akal itu adalah seperti berikut :

a.  Wajib yang mudah (Dharuri), seperti satu itu setengah daripada dua dan 
keseluruhan itu adalah lebih besar daripada sebahagian.

b.  Wajib yang payah (Nazari), seperti wajib ada bagi Tuhan dan bersifat 
dengan segala sifat kesempurnaan serta maha suci dari sebarang sifat 
kekurangan.

c.  Mustahil yang mudah (Dharuri), seperti mustahil berlaku gerak dan diam 
pada waktu yang sama dalam satu tubuh : dua lebih besar daripada sembilan.

d.  Mustahil yang payah (Nazari), seperti mustahil alam ini sedia (Qadim) dan 
mustahil Tuhan itu tidak ada.

e.  Harus yang mudah (Dharuri), seperti satu jisim itu harus diam atau 
bergerak, salah satu daripadanya boleh diterima.

f.  Harus yang payah (Nazari), seperti harus bagi Allah menyeksa orang yang 
mengerjakan taat dan memberi pahala kepada orang yang membuat maksiat. Ini 
adalah harus pada hukum
 akal tetapi pada hukum syara' adalah mustahil kerana janji Allah dalam 
perkara ini adalah tegas.

Di dalam takrir wajib, mustahil dan harus tadi telah disyaratkan bagi zatNya 
sendiri. Tujuannya supaya tidak termasuk wajib, mustahil dan harus yang 
tidak bagi zatNya sendiri, atau memandang kepada perkara yang lain, seperti 
adanya dunia ini jikalau ditinjau dari zatNya sendiri tentulah harus sahaja. 
Tetapi jika dipandang dari segi takluk kepada Iradat Allah maka adanya itu 
telah menjadi mesti dan wajib. Wajib seperti ini dinamakan kerana ada yang 
lain bukan kerana zatNya semdiri. Demikian juga mengazabkan orang yang 
berbuat taat, jikalau ditinjau dari pengazaban itu sendiri tentulah harus 
kerana Allah harus melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Tetapi jika 
dilihat dari segi janji-janji Allah dalam al-Quran bahawa orang yang berbuat 
taat itu akan diberi pahala, maka menyeksa orang-orang yang taat itu adalah 
mustahil tetapi bukan kerana zatNya sendiri.

Wallahu ta'ala a'lam...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED

H-Net* Al-Qur'an Dilihat Dari Sudut Saintifik

1999-11-02 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
. Kalaulah Al-Qur'an itu diturunkan pada hari ini, pada abad yang 
penuh dengan kecanggihan ilmu dan perhubungan, tentulah tidak menjadi suatu 
kehairanan, kerana sains telah menguasai berbagai-bagai ilmu dan menemui 
berbagai-bagai penemuan. Akan tetapi Al-Qur'an diturunkan ketika manusia 
belum mengenali ilmu seperti itu tentulah ianya tidak merupakan ilmu yang 
diterokai oleh manusia, malahan ilmu yang diberitakan oleh Allah kepada 
Rasul-Nya, Muhammad SAW melalui wahyu-Nya, Al-Qur'an.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 ~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* IKHLAS - Bahagian 2

1999-10-19 Terurut Topik Abdul Jamil Lam

1. ILMU yang bermenafaat, iaitu mempelajari Al-Quran dan Sunnah.

2. BERTEMAN dengan orang-orang soleh. Faktor yang dapat mendorong ikhlas di 
antaranya berteman dengan orang-orang soleh agar dapat mengikuti jejak dan 
tingkah laku mereka yang baik, mengambil pelajaran dari mereka dan mencontoh 
akhlak mereka yang baik. Rasulullah SAW memberikan perumpamaan tentang 
sahabat yang baik dan tidak baik dengan sabda beliau, bermaksud :

"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk ialah seperti 
pembawa minyak wangi dan peniup tungku api (pandai besi). Pembawa minyak 
wangi boleh jadi akan memberimu, boleh jadi engkau akan beli. Dan kalau 
tidak engkau akan dapat bau harum darinya. Sedangkan peniup tungku api 
pandai besi, boleh jadi akan membakar pakaianmu dan boleh jadi engkau 
mendapatkan bau yang tidak sedap darinya."

[Muttafaq 'alaihi dari Abu Musa Al-Asy'ari]

3. MEMBACA sirah (perjalanan hidup) orang-orang yang ikhlas. Di antara 
kurnia Allah, banyak sekali kisah yang Allah sebutkan dalam Al-Quran dan 
dikisahkan oleh Rasulullah SAW tentang orang-orang yang mukhlis, di 
antaranya sudah saya sebutkan agar menjadi ibarah dan ikutan bagi orang 
sesudahnya.

4. BERSUNGGUH-SUNGGUH melawan hawa nafsu. Seseorang tidak akan dapat 
mencapai keikhlasan kalau dia tidak bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu, 
kecintaan pada kedudukan dan martabat, gila harta, sanjungan, dengki, dendam 
dan lain-lainnya.

5. BERDOA dan memohon pertolongan kepada Allah. Yang boleh menguatkan dan 
menopang jalan yang dilalui orang yang bersungguh-sungguh untuk ikhlas dalam 
ibadah iaitu doa. Doa adalah senjata orang mukmin dan disyariatkan Allah 
berdoa agar manusia dapat mewujudkan permintaannya dan memenuhi 
kebolehannya. Di antara doa itu ialah :

"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu agar tidak 
menyengutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun 
kepada-Mu dari sesuatu yang kami tidak mengetahuinya."

[HR. Ahmad 4/403 dan sanadnya hasan dan Hadis ini diriwayatkan juga oleh 
Imam lainnya.]

Mudah-mudahan Allah menjadikan kita orang yang ikhlas dan dibereskan seluruh 
amal kita.

Wallahu ta'ala a'lamu bis shawab...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* IKHLAS

1999-10-18 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
aling baik atau terbetik di dalam 
hatinya bahawa dia sajalah yang sempurna terhadap Sunnah, adapun yang 
lainnya tidak. Ada lagi yang belajar kerana ingin lebih tinggi daripada yang 
lain, supaya dapat penghormatan, harta dan tujuannya ingin berbangga dengan 
para Ulama', mengalahkan orang yang bodoh atau orang lain berpaling 
kepadanya. Maka Allah akan masukkan dia ke Neraka Jahannam. Na'udzubillahi 
min dzalik!

Membersihkan diri dari hawa nafsu yang nampak maupun tersembunyi, 
membersihkan niat dari berbagai noda, nafsu peribadi dan duniawi, juga tidak 
mudah. Oleh kerana itu perlu usaha yang maksima, selalu memperhatikan 
pintu-pintu masik bagi syaitan ke dalam jiwa, membersihkan hati dari unsur 
riya', kesombongan, gila kedudukkan, pangkat, untuk pamir dan lainnya.

Sulitnya mewujudkan ikhlas kerana hati manusia selalu berbolak-balik. 
Syaitan selalu menggoda, menghiasi dan memberikan was-was ke dalam hati 
manusia, serta adanya dorongan hawa nafsu yang selalu menyuruh berbuat keji. 
Kerana itu kita diperintahkan berlindung dari godaan syaitan.

Firman Allah Ta'ala, bermaksud :

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada 
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

[Al-A'raf : 200]

Jadi kesimpulannya ikhlas adalah dengan membuangkan 
pertimbangan-pertimbangan peribadi, memotong kerakusan terhadap dunia, 
mengikis dorongan-dorongan nafsu dan lainnya. Dan bersungguh-sungguh beramal 
ikhlas kerana Allah, akan mendorong seseorang melakukan ibadah kerana taat 
kepada perintah Allah dan Rasul. ingin selamat di dunia dan akhirat dan 
mengharap ganjaran dari Allah.

Upaya mewujudkan ikhlas boleh tercapai bila kita mengikuti Rasulullah SAW 
dan jejak Salafus Soleh dalam beramal dan taqarrub kepada Allah, selalu 
mendengar nasihat mereka serta berupaya semaksima mungkin dan 
bersungguh-sungguh mengekang dorongan nafsu dan selalau berdoa kepada kepada 
Allah Ta'ala.

Wallahu ta'ala a'lamu bis shawab...

TO BE CONTINUED...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

__________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* TASAUF/TARIQAT : [Bhg.2] Pendekatan Dan kefahaman

1999-10-12 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
untut terwujudnya 
sikap tindak perbuatan nyata dalam hidup ini, sebagai bukti kepatuhan 
melaksanakan segala yang diperintah, dikerjakan dan yang dilarang 
ditinggalkan dengan penuh ikhlas kerana Allah semata disertai penuh rasa 
cinta terhadap-Nya. Manakala keadaan semacam ini sudah sampai pada puncaknya 
maka akan tercapailah hakikat tujuan hidup yang sebenarnya sesuai dengan 
yang dikehendaki oleh Allah sendiri pada syariat yang dibawa Muhammad SAW.

CARA AHLI TASAUF/TARIQAT DALAM MENGENAL ALLAH

BAGI para ahli Tasauf/Tariqat ada cara tersendiri di dalam mengenal Tuhan. 
Mereka sama meletakkan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang tidak 
bersifat rasional. Berbeda dengan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang 
berlaku bagi kalangan ahli Theology Islam (Ilmu Tauhid) dan juga berbeda 
dengan yang berlaku bagi kalangan ahli syariat (Ilmu Fiqeh).

Bagi ahli FiqeH cara yang dipergunakan dalam mengenal Tuhan ialah dengan 
jalan keterangan dari dalil-dalil Naqli (Al-Quran dan Hadis). Di dalam 
memperkuat kepercayaan maka Al-Quran tidak dipergunakan sebagai 
alasan-alasan logika atau dengan penyelidikan akal fikiran seperti yang 
terjadi di dalam falsafah. Berbeza dengan Ahli Kalam (Tauhid), di dalam cara 
mengenal Tuhan banyak mempergunakan jalan penyelidikan akal fikiran. Dengan 
dasar ini maka mengetahui siapa Tuhan, meskipun belum tentu mereka dapat 
menyaksikan Tuhan. Termasuk dalam golongan yang memakai cara ini ialah kaum 
"Failasof".

Lain halnya dengan ahli Tasauf/Tariqat, mereka dapat mengenal Tuhan melalui 
dasar-dasar teori perasaan hati lantaran Ilham yang dilimpahkan Allah ke 
dalam jiwa manusia sebagai bentuk wujud pemberian rahmat-Nya. Hal ini 
lazimnya dapat dicapai oleh manusia ketika ia telah dapat sampai ke jinjang 
diri peribadinya dilepaskan dari segala macam bentuk godaan hawa nafsu 
lampau dengan memusatnya fikiran ingat kepada Zat Yang Maha Kuasa.

Keadaan yang demikian ini mengakibatkan segala macam rahsia di balik hijab 
cahaya Allah dan Nabi-Nya dapat tersingkap oleh dirinya dan diketahui secara 
jelas pada penglihatan mata hati. Sebagaimana orang yang melihat air jernih 
yang berada di dalam gelas yang jernih pula, sehingga segala sesuatu yang 
ada di balik gelas yang jernih itu dapat dilihat dengan terang-benderang.

Huraian di atas memberikan penegasan bahawa kerana adanya perbezaan 
dasar-dasar pengenalan Tuhan yang berlainan di antara ahli Fiqeh dan ahli 
Tauhid dengan ahli Tasauf/Tariqat, maka selayaknya sering menimbulkan 
perbezaan di dalam cara menyelidiki Tuhan dengan segala akibatnya (daripada 
sesuatu perbuatan).

Akhir-akhir ini perbezaan tersebut mulai terungkap lagi di sana sini. Ada 
sementara orang yang berbicara manis soal Tasauf/Tariqat dengan penuh 
kelicikan menggunakan gaya "ahli pemberi fatwa agama", sering menyampaikan 
pendapat, baik pada lisan atau pun tulisan yang menganggap Ulama' ahli 
Tasauf/Tariqat dengan terang-terangan menyesatkan ummat terutama bagi para 
jamaahnya.

Perlu diketahui bahawa biasanya orang yang suka menggelabah jalan fikirannya 
sebagaimana anggapan negetif terhadap Ulama' Tasauf/ Tariqat itu adalah 
akibat adanya kekurangan pengertian terhadap masalahnya. Sedangkan 
faktor-faktor yang mendorong timbulnya fikiran semacam itu antara lain 
adalah sebagai berikut :

A.  Adanya pendangkalan pengertian tentang Islam, seringkali hal ini 
menyebabkan Islam hanya dilihat dari satu dimensi tidak secara keseluruhan 
dan bulat.

B.  Adanya ilmu-ilmu yang diperoleh tidak pada Guru Mursyid atau Syeikh, 
melainkan diambilkan dari hasil membaca buku-buku dengan upaya sendiri. 
Akibatnya jalan fikiran benyak dipengaruhi oleh hawa nafsu.

C.  Mereka cenderung mengambil dasar-dasar fikiran di dalam mengungkap Islam 
justeru bersumber dari dasar-dasar fikiran kaum "rasionalis matrialisme", 
yakni fahaman yang beranggapan segala sesuatu dalam hidup harus dapat 
dipecahkan secara rasional dan dapat dilihat oleh pancaindera. Dasar teori 
"rasionalis matrialisme" inilah yang sering dipergunakan landasan berfikir 
kaum orientalis di dalam membahas tentang hal ke Timuran yakni tentang Islam 
dari berbagai aspeknya.

D.  Mereka mudah mengeluarkan fatwa "Mari kembali kepada Al-Quran dan 
Al-Hadis", tetapi mereka sendiri banyak menyimpang dari tuntutan yang 
semestinya tercantum di dalam Al-Quran dan Al-Hadis itu sendiri.

E.  Adanya faktor alat-alat pelengkapan yang sangat dirasa kurang sekali, 
untuk keperluan mengadakan pembongkaran dan penelitian terhadap konstruksi 
bahasa Islam (Bahasa Arab). Seperti tidak menguasai Ilmu Lughat dengan 
Qawaidnya, Ilmu Hadis dengan Musthalahnya, Ilmu Balaghah, Badi', Bayan dan 
Ma'aninya, dan lain-lain. Akibat yang ditimbulkan oleh kekurangan ini ialah 
mereka sering mengalami kesulitan di dalam memahami dan membahas kalam 
Al-Quran yang banyak berbentuk fasekh, baligh dan bahkan banyak yang majaz.

Faktor-faktor di atas itulah di antara penyebab mereka mudah t

H-Net* TASAUF/TARIQAT : Pendekatan Dan Kefahaman Bahg.1

1999-10-11 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
dis Nabi saja, jikalau 
tidak ada yang melihat pekerjaan dan cara Nabi melaksanakannya, yang melihat 
itu adalah Sahabat-sahabat Nabi yang menceritakannya kembali kepada 
murid-muridnya iaitu Tabi'in dan al-Tabi'in menceritakannya pula kepada 
pengikut-pengikutnya sampai ada yang membuat Hadis-hadis dan tersusunnya 
kitab-kitab fiqeh oleh ahli-ahli Hadis seperti Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu 
Daud, Abu Na'im, Al-Baihaqi, Abu Bakar Lal dan Ibnu Abdil Barr dan lain-lain 
lagi. Begitu juga ahli-ahli fiqeh, seperti Imam Hanafi, Imam Malik, Imam 
Syafi'e dan Imam Hambali dan lain-lain lagi. Sebenarnya Al-Quran menjadi 
sumber utama dan Sunnah Hadis merupakan penjelasan yang penting, tetapi 
adalah urat nadi daripada pelaksanaan ajaran-ajaran itu ialah Tasauf.

Ilmu Tasauf menerangkan : Bahawa "syariat" itu hanyalah peraturan-peraturan 
belaka, "Tariqatlah" yang merupakan perbuatan untuk melaksanakan syariat 
itu. Apabila "syariat" dan tariqat" itu sudah dapat dikuasai, maka lahirlah 
"hakikat" yang tidak lain daripada kebaikan keadaan dan ahwal, sedangkan 
tujuan yang penting dicari atau matlamatnya ialah "Ma'rifat" yakni mengenal 
Allah dan wajib mencintai-Nya dengan sebenar-benar sampai ke akar umbi qalbu 
kita. Ini penting difahami!

Ummul-Kitab, adalah papan-tulis kepada pengetahuan Allah, Ia menjadi 
ternyata di dalam "Kitabul mubin" atau Loh Mahfuz. Di sini Jibrail a.s. 
membaca perkataan Allah dan membawa turun untuk menyampaikan kepada Nabi. 
Tajalli pancaran Nur Allah pertama-tama mencapai "Ummul Kitab" yang mana 
dikatakan peringkat Jabarut, daripada sini ia menurun ke Loh Mahfuz yang 
mana peringkat paling bawah dari peringkat Malakut juga dinamakan "Alam 
Misal" atau "Nafsi Kul". Maka Jibrail a.s. adalah di antara Jabarut dan 
Malakut iaitu Misal dan dunia jiwa, apa juga yang menjadi ternyata di dalam 
dunia kebendaan pertama-tama menjadi simpanan di atas ini :

"Di sana adalah bukan benda-benda hijau juga bukan benda-benda yang kering, 
tetapi ia adalah tertulis di dalam Kitabul mubin."

[Al-An'am : 59]

Terlalu banyak wahyu dari Rasulullah SAW di dalam dunia kecil ini, ilham 
Aulia'-aulia' di dalam dunia adalah anugerah daripada hak melalui peringkat 
sirr dan khafi yang mana kedua-duanya di dalam peringkat Jabarut. Zamir dan 
Fawad kedua-duanya di dalam Malakut iaitu kalb. Kalb adalah Loh Mahfuz dari 
Alam Misal.

Berdiri di atas kebenaran yang hak dengan mengikut garis-garis dan 
aqidah-aqidah Islam yang mutlak. Oleh sebab itu pengetahuan Tariqat dan 
Hakikat adalah sifat-sifat yang penting dalam agama dan menjadi dasar 
Tariqat/Tasauf menuju ke matlamat Allah SWT atau Tariqat/Tasauf itulah yang 
menjadi pedoman yang sebenarnya.

Sesungguhnya Tariqat/Tasauf itu pada hakikatnya sangat patuh kepada Allah 
SWT dan ibadah yang dikerjakan oleh anggota badan merupakan penjelmaan 
belaka daripada apa yang menyinar dari qalbu kita dan merupakan sinaran yang 
tersimpan. Apabila manusia tidak dapat mengenali isi kerohaniannya sendiri, 
dia akan menjadi bodoh sombong terhadap dirinya dan mengakibatkan jahil 
wara' pula terhadap Khaliqnya.

Firman Allah Ta'ala, yang bermaksud :

"Telah sempurna Tuhanmu, dengan benar dan adil, tidak ada yang boleh 
mengubah kalimah-kalimah-Nya dan Ialah yang Mendengar lagi Mengetahui."

[Al-An'am : 115]

Dan firman-Nya lagi, bermaksud :

"Sesungguhnya Tuhanmu, Ialah yang lebih mengetahui sesiapa yang sesat dari 
jalan-Nya, dan Ialah yang lebih mengetahui orang-orang yang terpimpin."

[Al-An'am : 117]

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

TO BE CONTINUED

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

__
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan     )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: "Abdul Jamil Lam" [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Fahaman Wahdat al-Wujud : Ibnul 'Arabi

1999-10-04 Terurut Topik Abdul Jamil Lam
pandangan kita tidak dari sudut tersebut, maka sukarlah hendak 
memahami penulisan ini. Ada lebih baik jika pembaca bertanya kepada 
orang-orang yang ahli dan faham dengan konsep dan fahaman orang-orang Sufi 
ini untuk memahaminya.

Wallahu ta'ala a'lam...

Wassalamu...

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

P/S : Saya tidak pasti apakah anda semua faham dengan apa yang di tuliskan 
ini! Harap Maaf! Segala kesulitan amat dikesali!